Dietetik & Sajian
Jabatan Dietetik & Sajian adalah satu jabatan yang bertanggungjawab dalam perancangan, penyediaan serta penghidangan makanan kepada pesakit di Hospital Selayang. Jabatan Dietetik & Sajian juga menyediakan perkhidmatan kepakaran klinikal pemakanan dan terapi diet.
Visi
Berusaha dalam perkembangan perkhidmatan makanan, dietetik klinikal dan juga promosi kesihatan untuk membantu rawatan pesakit selaras dengan visi dan misi hospital serta Kementerian Kesihatan Malaysia. Sistem pengurusan akan mengutamakan inovasi, teknologi dan pengetahuan terkini ke arah peningkatan kualiti berterusan. |
Misi
Perkhidmatan Dietetik
Membantu rawatan perubatan melalui perkhidmatan dietetik klinikal dan promosi kesihatan berdasarkan amalan ‘evidance-based’ di samping menyumbang kepakaran dalam bidang berkenaan. | |
Menyumbang kepada kajian dan penyelidikan dalam bidang pemakanan dan dietetik. |
Perkhidmatan Sajian
Memantau perkhidmatan penyediaan makanan dengan mematuhi keperluan nutrien, prinsip kebersihan dan keselamatan makanan, bersesuaian dengan teknologi semasa serta berkualiti. | |
Melaksanakan sistem pengurusan berdasarkan polisi-polisi,pekeliling-pekeliling dan arahan yang ditetapkan. |
Objektif
Objektif Umum
Untuk memastikan perkhidmatan makanan dan perkhidmatan dietetik klinikal serta promosi kesihatan dilaksanakan secara profesional, berkualiti dengan mengutamakan pelanggan. |
Objektif Khusus
Untuk memantau syarikat outsource membekalkan diet normal dan diet teraputik mengikut pesanan wad bagi kelas satu, dua, tiga dan wad kanak-kanak. | |
Untuk memastikan kupon catuan makan malam dibekalkan untuk doktor bertugas atas panggilan. | |
Untuk memastikan kupon catuan makan malam dibekalkan untuk anggotabertugas malam. | |
Untuk memastikan khidmat ‘medical nutrition therapy’ bagi ‘oral diet’ serta ‘nutrition support’ diberi kepada pesakit yang dirujuk oleh doktor. | |
Untuk memberi latihan praktikal katering dan ‘internship’ dietetik kepada pelatih dari Institusi Pendidikan Tinggi. | |
Untuk menggalakkan penglibatan di dalam kajian serta penyelidikan katering dan dietetik klinikal / dietetik komuniti mengikut keperluan demi peningkatan mutu perkhidmatan. |
Jawatankuasa Nutrition Month Hospital Selayang 2012
Jabatan Dietetik Dan Sajian terdiri daripada 2 bahagian iaitu Dietetik dan Sajian yang diketuai oleh Pegawai Dietetik U52. |
Perkhidmatan Dietetik (Klinikal):
Perkhidmatan Dietetik (Klinikal) merangkumi salah satu daripada perkhidmatan rawatan pesakit yang sangat penting. Terdiri daripada 1 Pegawai Dietetik U52, 1 Pegawai Dietetik U48, 2 Pegawai Dietetik U44, 5 Pegawai Dietetik U41. Pesakit akan diberi intervensi pemakanan yang berkesan mengikut keperluan pesakit apabila dirujuk oleh doktor. Jika rujukan bagi kes-kes urgent diterima melalui CERNER sebelum jam 1.00 petang, pesakit akan diberi perkhidmatan terapi pemakanan klinikal pada hari yang sama. Jika rujukan kes-kes urgent diterima melalui CERNER selepas jam 1.00 petang, pesakit akan diberi perkhidmatan terapi pemakanan klinikal sebelum jam 1.00 petang hari berikutnya. Pesakit bagi kes tidak urgent akan diberi perkhidmatan dalam tempoh 48 jam. |
Panduan Perkhidmatan Dietetik (Klinikal):
Medical Nutrition Therapy | |
Nutrition Care Process (ADIME) | |
Evidence-Based Research | |
Clinical Practice Guideline |
Perkhidmatan Dietetik (Klinikal):
Pegawai Dietetik ditugaskan mengikut sub-specialiti (Hepatology, Hepatobiliary/Intensive Care Unit/Burns/Nephrology/Surgical) dan disiplin lain. | |
Memberi Khidmat Kaunseling Pemakanan (Individu). | |
Pemberian produk enteral untuk pesakit dalam wad sama ada secara oral atau melalui tiub; PVC & silikon (NG, PEG – 8,10,12,14), soft fine bore (NJ, PEJ - 12,14). | |
Sebahagian daripada Nutrition Support Team Hospital Selayang. | |
Menyertai wad round di wad-wad yang ditugaskan. | |
Mengwujudkan modul dan protokol berkaitan pemakanan. | |
Memberi Perkhidmatan Dietetik (Klinikal) di Hospital Angkat Hospital Selayang (sebulan sekali):
|
|
Memberi Perkhidmatan Dietetik (Klinikal) di Klinik Kesihatan (sebulan sekali):
|
|
Perkhidmatan Dietetik (Latihan):
Memberi latihan & 'Refresher course' berkaitan pemakanan untuk Staf Hospital Selayang (Sokongan/Klinikal/Profesional) | |
Melatih dan membimbing pelajar IPTA untuk kursus dietetik (klinikal). |
Perkhidmatan Dietetik (Promosi Kesihatan):
Jemputan sesi ceramah pemakanan oleh Jabatan/Unit/Institut lain. | |
Penyediaan Pamplet Pendidikan Pemakanan | |
Mengadakan Kelas-kelas Pendidikan Pemakanan Kaunseling Kumpulan (Cardiovascular/ Hypertension/ Diabetes Mellitus/ Stroke/ Fit&Trim/ CAPD Training/ Berhenti Merokok/HEU). | |
Menjadi sukarelawan selaku pegawai dietetik komuniti (community dietitian) dalam pelbagai projek komuniti, institut dan hospital lain |
Perkhidmatan Dietetik (Penyelidikan):
Merancang dan menjalankan kajian penyelidikan berkaitan pemakanan. | |
Projek 'Quality Assurance (QA) for early enteral feeding in ICU'. | |
Projek 'Oral Nutrition Supplement' (ONS) di wad Nephrology. | |
Projek Pemberian Snek Lewat Malam (Supper) kepada pesakit wad Hepatology (dalam pengusulan). | |
Projek 'Nourishing Hot Drinks' untuk pesakt wad Burns (dalam pengusulan). | |
Projek 'Microbiology Exposure Based on Type of Product and Hang Time in Different Settings in Selayang Hospital' (dalam pengusulan). | |
Menjalankan 'Nutrition Screening' di wad. |
Johan Pertandingan QA (HSA-DSA) Kategori Poster Karnival Inovasi 2011
Klinik Diet Aras 3
Perkhidmatan Sajian Makanan Hospital Selayang telah di’outsourced’ kepada syarikat luar melalui tender sajian makanan yang dikendalikan oleh Bahagian Perolehan dan Penswastaan, Kementerian Kesihatan Malaysia setiap 3 tahun.
Panduan Perkhidmatan Sajian:
-
Manual Diet Hospital, Kementerian Kesihatan Malaysia 2006.
-
Guidelines for Hospital Catering, Kementerian Kesihatan Malaysia 2010.
-
Guidelines Mass Catering, Kementerian Kesihatan Malaysia 1996.
-
Garispanduan Spesifikasi Bekalan Makanan Mentah Basah dan Mentah Kering,
-
Perkhidmatan Dietetik dan Sajian, Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia.
-
Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
-
Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
-
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 (Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan).
-
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2009 (Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan).
-
Akta, garispanduan atau pekeliling yang berkaitan dan berkuatkuasa.
Perkhidmatan Sajian Hospital Selayang:
-
Terdiri daripada seorang Pegawai Penyediaan Makanan (C 41), 3 orang Penolong Pegawai Penyediaan Makanan (C 27), dan 2 orang Pembantu Tadbir (N 17).
-
Pemantauan Perkhidmatan Sajian 'Outsource' dalam mematuhi keperluan nutrien, prinsip kebersihan dan keselamatan makanan bersesuaian dengan teknologi semasa serta berkualiti.
-
Melaksanakan sistem pengurusan berdasarkan polisi-polisi, pekeliling - pekeliling dan arahan yang ditetapkan.
-
Pemberian kupon makanan kepada Pegawai Perubatan bertugas-atas-panggilan mengikut kelayakan ditetapkan oleh Pengarah Hospital berdasarkan pekeliling Kementerian Kesihatan Malaysia.
-
Pengendalian dan penyimpanan produk formula enteral.
-
Bekerjasama dengan beberapa jabatan/unit lain dalam menyelaras kafeteria di Hospital Selayang:-
-
Kafeteria Staf
-
Kafeteria Awam
-
- Memastikan pengurusan pentadbiran dan perkhidmatan makanan yang dijalankan oleh setiap kafeteria mematuhi arahan dan peraturan yang telah ditetapkan.
- Melatih dan membimbing pelajar IPTA untuk kursus perkhidmatan makanan dan sistem katering hospital.
Perkhidmatan Sajian Makanan Secara 'Outsource':
-
Perkhidmatan sajian makanan Hospital Selayang akan dibuka tender setiap 3 tahun.
-
Perkhidmatan sajian makanan secara outsource melibatkan perkara-perkara seperti berikut:
-
Pesanan Diet Dari Wad
-
Pesanan, Pembelian Dan Penerimaan
-
Penyimpanan Dan Pengurusan Stor
-
Penyediaan, Memasak Dan Penghidangan Makanan
-
Pengagihan Makanan di Trayline
-
Penghidangan Makanan di wad
-
Survei Tahap Kepuasan Pelanggan
Hidangan | Waktu Hidangan di Wad |
Sarapan | 7.00 pagi |
Minum Pagi* | 10.00 pagi |
Makan Tengahari | 12.00 tengahari |
Minum Petang | 3.00 petang |
Makan Malam | 6.30 petang |
Minum Malam* | 9.00 malam |
* Hanya untuk hidangan ringan Diet Diabetik sahaja
Waktu hidangan di wad adalah waktu troli makanan sampai di wad
-
Kursus NST untuk jururawat (4 kali setahun)
-
Projek Kafe Sihat (Dirasmikan pada Januari 2012)
-
Hari Keluarga JDS 2011
-
Kursus Continuous Dietetic Education
-
Kursus Continuous Catering Education
-
Jemputan selaku penceramah dalam pelbagai topik pemakanan:
Kursus Kebersihan Makanan Halal Dan Makanan Sihat Program Jom Ke Masjid (Kesedaran Kesihatan) Breast Cancer Awareness Special Nutritional Consideration in Pediatric Nutrition For Pregnancy and Lactation Subjective Global Assessment Weight Loss... Fit & Trim Nutrition Support in ICU Nutrition Support in Neurotrauma Nutrition in Burn Patients Healthy Eating What is our role in Nutrition Support? - Berkhidmat selaku pegawai dietetik komuniti dalam:
Medical Mission Team (anjuran KKM) Colon Cancer Screening (anjuran Empowered) World Kidney Day 2012 (anjuran Malaysian Society of Nephrology)