Pilihan Bahasa

Visi, Misi & Objektif

 Visi

Berusaha dalam perkembangan perkhidmatan makanan, dietetik klinikal dan juga promosi kesihatan untuk membantu rawatan pesakit selaras dengan visi dan misi hospital serta Kementerian Kesihatan Malaysia. Sistem pengurusan akan mengutamakan inovasi, teknologi dan pengetahuan terkini ke arah peningkatan kualiti berterusan.

 Misi

Perkhidmatan Dietetik

Membantu rawatan perubatan melalui perkhidmatan dietetik klinikal dan promosi kesihatan berdasarkan amalan ‘evidance-based’ di samping menyumbang kepakaran dalam bidang berkenaan.
Menyumbang kepada kajian dan penyelidikan dalam bidang pemakanan dan dietetik.

 Perkhidmatan Sajian

Memantau perkhidmatan penyediaan makanan dengan mematuhi keperluan nutrien, prinsip kebersihan dan keselamatan makanan, bersesuaian dengan teknologi semasa serta berkualiti.
Melaksanakan sistem pengurusan berdasarkan polisi-polisi,pekeliling-pekeliling dan arahan yang ditetapkan.

 Objektif

Objektif Umum

Untuk memastikan perkhidmatan makanan dan perkhidmatan dietetik klinikal serta promosi kesihatan dilaksanakan secara profesional, berkualiti dengan mengutamakan pelanggan.

 Objektif Khusus

Untuk memantau syarikat outsource membekalkan diet normal dan diet teraputik mengikut pesanan wad bagi kelas satu, dua, tiga dan wad kanak-kanak.
Untuk memastikan kupon catuan makan malam dibekalkan untuk doktor bertugas atas panggilan.
Untuk memastikan kupon catuan makan malam dibekalkan untuk anggotabertugas malam.
Untuk memastikan khidmat ‘medical nutrition therapy’ bagi ‘oral diet’ serta ‘nutrition support’ diberi kepada pesakit yang dirujuk oleh doktor.
Untuk memberi latihan praktikal katering dan ‘internship’ dietetik kepada pelatih dari Institusi Pendidikan Tinggi.
Untuk menggalakkan penglibatan di dalam kajian serta penyelidikan katering dan dietetik klinikal / dietetik komuniti mengikut keperluan demi peningkatan mutu perkhidmatan.

 

Jawatankuasa Nutrition Month Hospital Selayang 2012