Pemulihan Anggota
Unit Fisioterapi Hospital Selayang terletak di Aras 3 Lobi Utama Hospital Selayang. Unit ini beroperasi dengan bilangan 25 orang staf terdiri daripada seorang Pegawai Pemulihan Perubatan Fisioterapi dari Gred U41, selebihnya 19 orang Jurupulih Perubatan Fisioterapi terdiri daripada seorang Gred U40, seorang Gred U38, seorang Gred U36, tiga orang Gred U32, 13 orang Gred U29 dan lima orang Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK).
Visi Unit:
Menjadi pusat kecemerlangan dalam penyediaan perkhidmatan Fisioterapi yang mudah diperolehi dengan penggunaan teknologi bersesuaian terkini yang terbukti berkesan dalam pengekalan, peningkatan dan restorasi kefungsian yang optima untuk mencapai kehidupan yang berkualiti.
Misi Unit:
a) Menyediakan dan memberi perkhidmatan Fisioterapi yang menyeluruh, berkesan dan mudah diperolehi kepada semua golongan masyarakat.
b) Menyediakan perkhidmatan yang profesional dan kompeten dengan penggunaan teknologi yang bersesuaian, terbukti berkesan, mampu milik dan mesra pelanggan.
c) Bekerjasama dalam satu pasukan dengan pengamal kesihatan yang lain dan juga komuniti untuk memberi penjagaan berkualiti dan promosi kesihatan yang memenuhi kehendak pelanggan.
d) Mengekalkan tahap kompetensi profesionalisma dengan mengikuti sentiasa perkembangan pembelajaran berterusan dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran.
Perkhidmatan Fisioterapi merangkumi semua disiplin (muskuloskeletal, cardiorespiratory, neurologi, paediatrik, sports injury, men’s & women’s health, dermatologi, urologi, nefrologi, surgikal dan critical care) bagi pesakit didalam Wad dan juga Pesakit Luar. Penerimaan pesakit adalah melalui rujukan dari Pakar atau Pegawai Perubatan samada dari Wad, Klinik-Klinik Pakar, Klinik Kesihatan dan juga swasta.
Pengurusan perkhidmatan Fisioterapi bermula dari :
a. Menerima rujukan fisioterapi dari Pakar, Pegawai Perubatan
b. Penilaian awal kefungsian fizikal
c. Kenalpasti tahap kefungsian dan potensi kearah pemulihan
d. Merancang program rawatan
e. Intervensi rawatan pemulihan dengan penggunaan kaedah rawatan yang bersesuaian, tepat dan berkesan
f. Menjalankan penilaian semula rancangan rawatan dan memantau kemajuan pesakit
g. Menyediakan plan discaj pesakit setelah rawatan selesai
3.1 Statistik
Nisbah jumlah pesakit dan rawatan adalah antara 1:5 dan 1:6 iaitu setiap pesakit dalam wad akan mendapat sekurang-kurangnya 4-5 modul rawatan setiap sesi rawatan. Manakala pesakit luar menerima 5-6 modul rawatan setiap sesi rawatan.
3.2 Program Wellness & Pendidikan Pesakit
3.2.1 Program Weight Management dibuat setiap minggu pada hari Jumaat. Setiap sesi maksima 15 peserta yang obes termasuk kanak-kanak.
3.2.2 Kelas Ante-Natal hanya dianjurkan sebanyak 3 kali pada tahun 2018 sehingga bulan Mac, berkolaborasi dengan Klinik O&G.
3.2.3 Program Biggest Loser dianjurkan oleh Unit OSH dibawah program KOSPEN Plus. Sesi Fisioterapi berjalan setiap dua minggu sekali selama 3 bulan secara aktif dan 3 bulan secara pasif.
3.2.4 Program MENANG (Menangani Kesakitan Kronik) diadakan 2 kali setahun, berkolaborasi dengan Chronic Pain Team. Seramai 3 Jurupulih Fisioterapi terlibat dalam program ini.
3.2.5 Kelas Arthritis diadakan pada hari Selasa dengan 10 pesakit setiap sesi. Kekerapan sesi adalah 2 kali sebulan.
3.2.6 Stroke Maintenance Class diadakan sebulan sekali pada hari Khamis dengan purata 10 orang pesakit setiap sesi.
3.3 Program Pendidikan Berterusan
3.3.1 Unit Fisioterapi mengadakan kursus An Update In Hand Rehabilitation pada 1 November 2018 melibatkan Ahli Fisioterapi Negeri Selangor.
3.3.2 CME Application Of Exercise Band In Physiotherapy Treatment pada 3 Mei 2018 di Gymnasium Dewasa, Unit Fisioterapi melibatkan Hospital Selayang dan PKD Gombak yang dianjurkan bersama Profile Technogy Sdn Bhd.
3.3.3 Sambutan World Physiotherapy Day peringkat Negeri Selangor diadakan pada 12 Oktober di Hospital Ampang bertemakan Physiotherapy & Mental Health.
3.3.4 CME Unit setiap dua minggu sekali (2018:14 sesi). Setiap anggota yang telah menghadiri kursus/seminar perlu mengadakan Eco-training.
3.3.5 Kes presentation dari setiap pelatih yang membuat latihan penempatan sepanjang tahun. (2018:32 sesi).
3.3.6 Dua orang Jurupulih Fisioterapi sedang melanjutkan pelajaran Ijazah Sarjana Muda (Fisioterapi) secara PJJ, dua orang di Universiti Teeside dan seorang JPF telah terpilih untuk melanjutkan pelajaran post basik paliatif .
3.3.7 Ahli Fisioterapi juga menghadiri kursus-kursus lain yang dianjurkan oleh Unit Fisioterapi Negeri Selangor. Selain itu, Ahli Fisioterapi juga menerima jemputan untuk memberi ceramah kepada jabatan atau unit lain kebanyakannya berkenaan ergonomik dan senaman.
3.4 Aktiviti Peningkatan Kualiti ( QIA )
3.4.1 2 NIA dijalankan setiap bulan.
3.4.1.1 Indikator 1; Burns Sustained During Delivery of Electrotherapeutic Modalities & Thermal Agents. Sentinel Event. (Tercapai)
3.4.1.2 Indikator 2 : Patients with Backache Achieving Highest Level of Function Within 24 visits (or 6 months period) in a Single Continuous Episode of Care. (>87% - Tercapai)
3.4.2 2 KPI dan 1 PI dijalankan setiap bulan :
3.4.2.1 KPI 1 : Patient must be seen by physiotherapist at the given appointment within 10 days (>80% - 71.61%(Purata keseluruhan - Tidak Tercapai )
3.4.2.2 KPI 2 : All in-patients must be seen by physiotherapist within 24 hours from the time of referral (100% - Tercapai)
3.4.2.3 PI 4 : Patient must be seen by physiotherapist within 30 minutes upon registration (>80% - Tercapai)
3.4.3 Kajian Kepuasan Pelanggan telah dibuat pada pertengahan tahun. Pencapaian amat membanggakan. Antara soalan dalam kajian kepuasan pelanggan adalah:
3.4.3.1 Secara keseluruhan, apakah pendapat anda tentang perkhidmatan di Unit Fisioterapi?
Perkhidmatan |
Sangat Baik |
Baik |
Sederhana |
60.00% |
40.00% |
0.00% |
3.4.3.2 Pendapat anda, kaedah perawatan Fisioterapi dapat membantu masalah kesihatan?
Keberkesanan Rawatan |
Sangat Berkesan |
Berkesan |
Sederhana |
46.00% |
51.00% |
3.00% |
3.5 Penempatan Pelatih Fisioterapi
Penempatan pelatih Fisioterapi dari Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB), UiTM, MAHSA dan UTAR peringkat diploma dan ijazah berjalan seperti biasa mengikut jadual yang dirancang berserta Clinical Instructor sepenuh masa.
3.6 Kenaikan Pangkat & Bersara
3.6.1 Ahli Fisioterapi
Pada bulan Ogos 2018 seorang Jurupulih Perubatan Fisioterapi U29 telah meletakkan jawatan. Pada bulan Oktober 2018 terdapat pengisian untuk kekosongan dua jawatan Jurupulih Perubatan Fisioterapi manakala seorang Jurupulih Perubatan Fisioterapi U40 bertukar ke Hospital Sungai Buloh pada bulan November 2018 tanpa pengganti. Tiada staf yang bersara untuk tahun 2018.
3.6.2 Pembantu Perawatan Kesihatan
Tiada Pertukaran PPK untuk tahun 2018.
4.1 Rumusan
Dengan kesungguhan semua anggota Unit Fisioterapi, perkhidmatan Fisioterapi akan memastikan perkhidmatan yang disedia dan diberikan mencapai kepuasan pelanggan. Segala kekurangan dan kelemahan yang telah dikenalpasti akan diambil tindakan penambahbaikan bagi memastikan perkhidmatan sentiasa berada ditahap optima, cekap, bersesuaian dan berkesan sejajar dengan perkembangan teknologi semasa.
Kursus An Update In Hand Rehabilitation |
||
CME Theraband Application |
||
Sambutan World Physiotherapy Day Di Hospital Ampang |
||
Program MENANG 2018 |
||
|
|
Program Latihan Pencegahan Kebakaran April 2019 |
|