Unit Sumber Manusia merupakan salah sebuah unit di bawah Bahagian Pengurusan Hospital Selayang, berperanan menguruskan sebahagian besar operasi pengurusan dan pembangunan sumber manusia seperti perlantikan, penamatan, kenaikan pangkat, cuti dan elaun, prestasi dan tatatertib serta kompetensi anggota bagi melahirkan anggota yang berkualiti dan produktif.
Unit yang bertempat di Aras 3 ini diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan) dan dibantu oleh seorang Penolong Pengarah (Sumber Manusia) serta tiga (3) orang Pembantu Tadbir Kanan, 17 orang Pembantu Tadbir dan dua (2) orang Pembantu Operasi.
Research Center
Menjadi sebuah unit yang efektif dan efisyen dalam menguruskan hal-hal berkaitan urusan perkhidmatan, perjawatan, latihan dan tatatertib di Hospital Selayang oleh tenaga kerja profesional yang berkualiti dan produktif.
1. Menyediakan Hospital Selayang dengan struktur organisasi yang sesuai, efektif dan penggunaan sumber manusia yang optimum, berintegriti, berpengetahuan dan berkemahiran, selaras dengan arahan Kementerian Kesihatan Malaysia/ Jabatan Kesihatan Negeri Selangor yang berkuatkuasa
2. Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan bermutu, berintegriti, efisyen, efektif dengan mengutamakan pelanggan
3. Membudayakan nilai-nilai kerja yang positif seperti penyayang, profesional, dan kerja berpasukan di dalam memberikan perkhidmatan
4. Menggunakan teknologi terkini bagi meningkatkan perkhidmatan yang lebih cekap, inovatif dan beretika
1. Mengurus perkhidmatan anggota Hospital Selayang meliputi urusan perlantikan, penamatan, kenaikan pangkat, cuti dan elaun, prestasi dan tatatertib serta kompetensi anggota bagi melahirkan anggota yang berkualiti dan produktif
2. Menyelaras permohonan penambahan perjawatan, berdasarkan arahan yang berkuatkuasa daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia / Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, bagi memastikan keperluan organisasi berada pada tahap optimum serta mengurus pengisian jawatan mengikut perjawatan yang diluluskan dengan mengambil kira beban tugas semasa dan sasaran kerja yang ditetapkan
3. Menyediakan pengurusan kakitangan, arahan dan penyeliaan kakitangan melalui satu sistem yang rapi dan teratur supaya objektif Hospital Selayang dapat dicapai
A. Pengurusan Perlantikan dan Penamatan
1. Menguruskan perlantikan, pemberian taraf berpencen dan perlanjutan tempoh percubaan bagi anggota lantikan tetap
2. Menguruskan permohonan pengambilan pekerja sambilan harian (PSH) dan sessional tertakluk kepada kelulusan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor serta menguruskan perlantikan anggota lantikan kontrak
3. Memproses pengesahan perkhidmatan anggota lantikan tetap dalam tempoh tiga (3) tahun selepas tarikh lantikan, bagi anggota yang telah mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan
4. Menguruskan proses pertukaran masuk dan pertukaran keluar anggota
5. Mengendalikan urusan pemberhentian anggota seperti perletakan jawatan, pelepasan jawatan dengan izin, persaraan wajib atau pilihan dan penamatan perkhidmatan
B. Pengurusan Kenaikan Pangkat
1. Menguruskan permohonan dan memproses dokumen untuk kenaikan pangkat/pemangkuan secara time based atau laluan kerjaya bagi Kumpulan P&P dan Pelaksana mengikut tempoh yang ditetapkan
C. Pengurusan Cuti dan Elaun
1. Menguruskan permohonan pelbagai jenis cuti anggota untuk kelulusan di peringkat Pengarah Hospital atau Kementerian Kesihatan Malaysia
2. Mengendalikan urusan pelarasan gaji dan kenaikan gaji tahunan anggota dengan syarat anggota menepati syarat yang ditetapkan oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
3. Menyelaraskan urusan permohonan elaun tanggung kerja anggota mengikut peraturan yang berkuatkuasa
4. Menguruskan permohonan elaun-elaun bagi yang berkelayakan mengikut peraturan yang berkuatkuasa
D. Pengurusan Perjawatan dan HRMIS
1. Menyelaraskan rekod reten perjawatan dan pengisian perjawatan yang diluluskan dan diagihkan Bahagian Sumber Manusia (BSM), Kementerian Kesihatan Malaysia
2. Menyelaras permohonan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) dari jabatan mengikut garispanduan yang ditetapkan, sekiranya terdapat tawaran dan arahan oleh Bahagian Sumber Manusia (BSM), Kementerian Kesihatan Malaysia
3. Menyelaras dan memantau pelaksanaan penggunaan aplikasi HRMIS bagi tujuan merekod maklumat diri, cuti, isytihar harta, penilaian prestasi dan lain-lain, selaras dengan KPI Kementerian Kesihatan dari semasa ke semasa
E. Pengurusan Prestasi dan Kompetensi
1. Mengurus setiakan Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) peringkat Hospital Selayang yang bertanggungjawab menyelaras pencalonan untuk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)
2. Menyelaraskan dan memantau urusan permohonan pembaharuan Annual Practice Certificate (APC)
3. Menguruskan permohonan Program Transformasi Minda (PTM), post basic, parallel pathway dan Ijazah Lanjutan anggota
4. Memantau dan menyelaras bersama Jawatankuasa Induk Orientasi Hospital bagi kehadiran pegawai lantikan baharu/bertukar masuk untuk orientasi dalam masa tiga (3) bulan selepas melapor diri
5. Menyelaras permohonan perancangan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) dari jabatan
6. Memantau pelaksanaan kursus/latihan dan prestasi perbelanjaan Peruntukan LDP Modal Insan serta membuat pelaporan berkala kepada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor mengikut keperluan
7. Menyelaras pengisian borang penilaian keberkesanan kursus anggota dan mentadbir sistem rekod latihan Hospital Selayang (e-LATS)
8. Menguruskan permohonan dan rekod latihan praktikal/elective posting/attachment
F. Pengurusan Tatatertib
1. Mengurus setiakan dan membentangkan laporan/ kes untuk tindakan Mesyuarat Lembaga Tatatertib peringkat Hospital Selayang
2. Mengendalikan urusan tatatertib seperti menerima laporan tatatertib dan menyediakan dokumen untuk prosedur tatatertib, selaras dengan Peraturan- Peraturan Pegawai Awam, pekeliling-pekeliling dan garis panduan yang berkuatkuasa