Jabatan Perubatan Am
Peranan yang dimainkan oleh jabatan ini adalah amat penting dan besar dalam memastikan rawatan berkualiti dan menyeluruh kepada pesakit-pesakit di hospital ini, di samping terlibat dalam melahirkan doktor-doktor pakar yang berwibawa. Jabatan ini terdiri daripada empat unit utama iaitu Perubatan Am, Reumatologi, Endokrinologi dan Geriatrik. Selain itu, Fakulti Perubatan UiTM turut serta membantu memberi perkhidmatan dalam bidang kardiologi dan respiratori.
Jabatan ini dikendalikan oleh Pakar Rheumatologi, Pakar Endokrinologi, Pakar Perubatan Am, Pakar Geriatrik,Pakar yang menjalani latihan Rheumatologi, dan Pakar dalam pewartaan serta 17 pegawai perubatan dan pegawai-pegawai perubatan siswazah. Pada masa yang sama , beberapa pakar perunding, pakar perubatan dan pegawai perubatan sarjana dari UiTM juga membantu dalam menjalankan perkhidmatan yang diberikan. Dua orang pakar klinikal Reumatologi juga sedang menjalani latihan di Australia dan United Kingdom selama satu tahun pada tahun 2012.
Wad-wad di bawah jagaan jabatan ini adalah wad 9C (perempuan), 9D (lelaki), 10C (Wad Jangkitan), 5D (Kardiologi) dan unit rawatan rapi jantung (CCU) dan 10 B (Reumatologi) . Pesakit-pesakit Perubatan Am di unit rawatan rapi (ICU), wad 9A dan 9B (kelas pertama), serta pesakit-pesakit dari jabatan lain yang mempunyai masalah perubatan juga dirawat oleh doktor-doktor jabatan ini.
Perkhidmatan klinik pesakit luar yang dikendalikan setiap minggu adalah :
- 4 sessi klinik Perubatan Am,
- 3 sessi klinik Reumatologi (4 sessi pada minggu pertama dan keempat setiap bulan),
- 2 sessi klinik Endokrinologi,
- 2 sessi klinik INR,
- 1 sessi klinik review,dan
- 1 sessi klinik perubatan PM
- 1 sessi klinik tuberculosis (TB).
Di samping itu, jabatan ini juga menawarkan perkhidmatan ujian ekokardiogram, stress test, holter monitoring, bone mineral density, musculoskeletal ultrasound dan lung function test. Ujian polysomnograpghy dan stress ekokardiogram dijalankan oleh unit respiratori dan kardiologi UiTM.
Aspek pendidikan kesihatan pesakit juga amat dititikberatkan di mana aktiviti-aktiviti ceramah pendidikan telah berjaya dilaksanakan untuk manfaat pesakit dan keluarga pesakit.
Pakar perubatan bersama-sama seorang pegawai perubatan juga membuat lawatan ke Hospital Kuala Kubu Baru sebulan sekali untuk memberikan khidmat nasihat dan rawatan kepada pesakit-pesakit di sana, serta memberi latihan kepada pegawai-pegawai perubatan hospital tersebut.
Mesyuarat jabatan berjaya diadakan selama 4 kali pada tahun 2012. Walaubagaimanapun, perjumpaan mingguan semasa M&M diadakan setiap hari rabu bagi memastikan setiap masalah-masalah jabatan dapat diselesaikan dan memastikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.
Jabatan Perubatan juga amat aktif dan prihatin dalam memastikan pendidikan berterusan doktor-doktor serta paramedik adalah terjamin. Aktiviti-aktiviti akademik yang giat diadakan adalah seperti berikut.
1. Mortality and Morbidity Meeting/Continuous Medical Education (CME) bersama-sama dengan sessi Medical Updates, diadakan setiap hari Rabu.
2. Pembentangan Clinical Practice Guideline (CPG) bersama-sama dengan sessi Data and Imaging Interpretation, diadakan sebulan sekali,
3. Sessi akademik mingguan untuk pegawai perubatan dan pegawai perubatan siswazah,
4. Pembentangan Clinicopathological Conference (CPC) peringkat hospital,
5. Dengue CPG Workshop berjaya diadakan sebanyak 6 kali (3 untuk doktor dan 3 untuk paramedik),
6. Sessi Journal Club Rheumatology mingguan,
7. Aktiviti CME bulanan Reumatologi Kementerian Kesihatan Malaysia bersama Malaysian Society of Rheumatology (MSR), dan
Pihak jabatan juga telah berjaya menyediakan bilik di tingat 9 yang dikhaskan untuk pegawai-pegawai perubatan yang ingin menelaah. Pada tahun 2012, 2 orang pegawai perubatan telah berjaya lulus dalam peperiksaan akhir Membership of the Royal Colleges of Physicians (MRCP), United Kingdom (UK).
Jabatan ini juga tidak ketinggalan dalam melibatkan diri dalam bidang kajian. Di antara kajian-kajian yang berkaitan adalah seperti berikut.
1. Gollimumab study
2. Illuminate study
3. BRAVECTA
4. ENTRACTE
5. JAK 3
6. FLEX
7. REFLEX
8. HUMIRA Observational study
Perancangan Masa Hadapan
Pencapaian yang dirasai selama ini adalah hasil kerjasama semua anggota Jabatan Perubatan. Walau bagaimanapun, jabatan perubatan masih cuba meningkatkan mutu perkhidmatan dan sentiasa bersedia untuk memperbaiki kekurangan untuk masa hadapan. Pihak jabatan perubatan juga sentiasa memastikan aktiviti perkhidmatan, pendidikan dan latihan, serta aktiviti-aktiviti kualiti berjalan dengan lancar.