Rekod Perubatan
Jabatan ini menyediakan perkhidmatan dalam pengurusan rekod perubatan, pengurusan perundangan dan pengurusan maklumat perangkaan serta pengekodan klinikal.
Unit ini bertanggungjawab dalam mengurus penerimaan dan penyimpanan rekod perubatan secara berpusat dari wad (36), klinik (25), Jabatan Kecemasan, Kompleks Rawatan Harian, Pusat Pembedahan Katarak dan Mentari. Aktiviti penyimpanan menggunakan Sistem Terminal Digit dan kod warna. Kaedah ini akan memudahkan mengesan rekod perubatan bagi urusan pinjaman perawatan dan pelupusan apabila cukup tempoh mengikut Jadual Pelupusan Rekod Perubatan.
Aktiviti perkhidmatan maklumat kesihatan pesakit turut melibatkan;
• Memohon pendaftaran lewat kelahiran
• Memohon pendaftaran lewat kematian
• Memohon semakan kesahihan sijil cuti sakit oleh majikan
• Memohon pengesahan kedatangan/kemasukan ke wad
Tatacara memproses permohonan pendaftaran lewat kelahiran dan lewat kematian, pemohon perlu hadir ke Jabatan Rekod Perubatan, Hospital Selayang. Tindakan pengesahan akan mengambil masa dalam tempoh 7 hari bekerja.
Sila rujuk risalah bagi keperluan dokumen.
Panduan pendaftaran lewat kelahiran / lewat kematian
Permohonan semakan kesahihan sijil cuti sakit oleh majikan
Tatacara memproses semakan kesahihan sijil cuti sakit di mana majikan perlu memohon secara bertulis bersama salinan sijil cuti sakit yang berkaitan ke Jabatan Rekod Perubatan, Hospital Selayang. Tindakan pengesahan akan mengambil masa dalam tempoh 7 – 14 hari bekerja bergantung kerumitan permohonan.
Permohonan pengesahan kedatangan/kemasukan ke wad
Tatacara memproses permohonan pengesahan kedatangan/kemasukan ke wad, pemohon perlu hadir ke Jabatan Rekod Perubatan, Hospital Selayang.
Jika memohon secara bertulis kemukakan surat pemohon bersama dokumen; (i) salinan pengenalan diri (ii) kad TCA (iii) surat keizinan pesakit jika melibatkan pihak ketiga.
Tindakan pengesahan akan mengambil masa dalam tempoh 7 hari bekerja.
Unit ini menyediakan perkhidmatan bagi permohonan laporan perubatan (termasuk borang insuran, KWSP, PERKESO, Buruh 90, Hemodialisis, BAT117, OKU, dll), Laporan Bedah Siasat, Laporan Pakar, Laporan Pendapat Kedua (second opinion), Laporan Penjelasan/Laporan Pembetulan. Permohonan Laporan Perubatan tertakluk kepada caj bayaran tertentu. Permohonan yang lengkap akan diproses dalam tempoh 28 hari bekerja dari tarikh diterima.
Permohonan Laporan Perubatan hendaklah dipohon mengikut tatacara permohonan yang ditetapkan. Sila rujuk Panduan Permohonan Laporan Perubatan
Pemohon boleh menggunakan borang permohonan yang disediakan atau menulis surat permohonan. Sila rujuk Borang Permohonan Laporan Perubatan.
Sekiranya melibatkan pihak ketiga bagi memohon atau mengambil, kebenaran bertulis (ASAL) hendaklah diberi oleh pesakit/waris/penjaga. Dokumen yang menunjukkan pertalian keluarga (surat beranak/sijil nikah dll berkaitan) hendaklah disertakan bagi pihak waris/penjaga yang memohon.
Sila rujuk risalah tatacara permohonan.
Sila rujuk template Surat keizinan oleh pesakit
Bagi pungutan melalui kaunter, hanya pesakit atau wakil yang membawa surat kuasa sahaja yang dibenarkan mengambil laporan. Sekiranya tidak diambil dalam tempoh 2 minggu laporan tersebut akan dihantar secara pos.
Sebarang permohonan Laporan Perubatan / Laporan Pendapat Kedua (second opinion)/ Laporan Pembetulan / Laporan Penjelasan atau sebarang pertanyaan berkaitan perlu dimajukan ke Jabatan Rekod Perubatan, Hospital Selayang.
Sila Klik :
Contoh cara isi borang - Sendiri
Contoh cara isi borang - Waris
Unit ini menyediakan perkhidmatan perangkaan bulanan kepada Pusat Informatik Kesihatan (PIK) dan menyelaraskan permohonan maklumat perangkaan dari agensi kerajaan dan para penyelidik. Klasifikasi klinikal koding melibatkan penggunaan standard ICD 11 (diagnosis/penyakit) dan ICD 9CM (prosedur).
Permohonan dari agensi kerajaan/berkanun untuk memohon maklumat perangkaan perlu dipohon melalui Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kesihatan Negeri atau Pengarah Hospital.
Bagi tujuan penyelidikan, pemohon perlu memohon melalui Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) atau layari laman web www.nmrr.gov.my bagi maklumat lanjut.
Hubungi
Sebarang pertanyaan boleh hubungi;
Talian Utama : 03-6126 3333 atau email
Kaunter Laporan Perubatan : 03-6126 3061 / 3063 / 3047
Maklumat Kesihatan Pesakit : 03-6126 3053 / 3055 / 3064 / 3051