Rekod Perubatan
Unit Perundangan
Unit ini menyediakan perkhidmatan bagi permohonan laporan perubatan (termasuk borang insuran, KWSP, PERKESO, Buruh 90, Hemodialisis, BAT117, OKU, dll), Laporan Bedah Siasat, Laporan Pakar, Laporan Pendapat Kedua (second opinion), Laporan Penjelasan/Laporan Pembetulan.
Permohonan Laporan Perubatan tertakluk kepada caj bayaran tertentu. Permohonan yang lengkap akan diproses dalam tempoh 28 hari bekerja dari tarikh diterima.
Permohonan Laporan Perubatan hendaklah dipohon mengikut tatacara permohonan yang ditetapkan. Sila rujuk Panduan Permohonan Laporan Perubatan
Pemohon boleh menggunakan borang permohonan yang disediakan atau menulis surat permohonan. Sila rujuk Borang Permohonan Laporan Perubatan.
Sekiranya melibatkan pihak ketiga bagi memohon atau mengambil, kebenaran bertulis (ASAL) hendaklah diberi oleh pesakit/waris/penjaga. Dokumen yang menunjukkan pertalian keluarga (surat bernak/sijil nikah dll berkaitan) hendaklah disertakan bagi pihak waris/penjaga yang memohon. Sila rujuk risalah tatacara permohonan.
Sila rujuk template Surat keizinan oleh pesakit
Bagi pungutan melalui kaunter, hanya pesakit atau wakil yang membawa surat kuasa sahaja yang dibenarkan mengambil laporan. Sekiranya tidak diambil dalam tempoh 2 minggu laporan tersebut akan dihantar secara pos.
Sebarang permohonan Laporan Perubatan / Laporan Pendapat Kedua (second opinion)/ Laporan Pembetulan / Laporan Penjelasan atau sebarang pertanyaan berkaitan perlu dimajukan ke Jabatan Rekod Perubatan, Hospital Selayang.
Sila Klik :
Contoh cara isi borang - Sendiri
Contoh cara isi borang - Waris