Rekod Perubatan
Unit Pengurusan Rekod Perubatan
Di Hospital Selayang, pengurusan rekod perubatan adalah secara elektronik (EMR) di mana aplikasi PowerChart telah digunapakai dalam pendaftaran dan perawatan pesakit secara menyeluruh. Pengurusan EMR dikawal selia bersama Jabatan Teknologi Maklumat.
Walau bagaimanapun terdapat dokumen yang tidak berintegrasi dengan aplikasi Powerchat dan penggunaan dokumen secara 'paper/hardcopy' digunapakai dalam memastikan kesinambungan perawatan kesihatan pesakit. Pengurusan dokumen secara 'paper/hardcopy' akan melibatkan penerimaan, penyimpanan dan pinjaman serta pelupusan. Disimpan dalam fail menggunakan Sistem Terminal Digit dan kod warna.
Aktiviti pengurusan dokumen perubatan melibatkan:
• Menerima 'paper document' rekod perubatan pesakit daripada 36 wad, 15 klinik, Jab Kecemasan dan Rawatan Harian (daycare) Hospital Selayang
• Menyimpan rekod-rekod yang diterima mengikut Garis Panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
• Mengawal selia rekod-rekod dengan cermat dan RAHSIA
• Melaksanakan pelupusan apabila cukup tempoh mengikut Jadual Pelupusan.
• Memproses pinjaman rekod bagi tujuan sapina mahkamah, penyelidikan, kes mortality jabatan atau hospital kerajaan/klinik kesihatan dan siasatan hospital.
Aktiviti perkhidmatan maklumat kesihatan pesakit turut melibatkan;
• Memohon pendaftaran lewat kelahiran
• Memohon pendaftaran lewat kematian
• Memohon semakan kesahihan sijil cuti sakit oleh majikan
• Memohon pengesahan kedatangan/kemasukan ke wad