Pilihan Bahasa

Pengenalan

Unit Fisioterapi Hospital Selayang terletak di Aras 3 Lobi Utama Hospital Selayang. Unit ini beroperasi dengan bilangan 25 orang staf terdiri daripada seorang Pegawai Pemulihan Perubatan Fisioterapi dari Gred U41, selebihnya 19 orang Jurupulih Perubatan Fisioterapi terdiri daripada seorang Gred U40, seorang Gred U38, seorang Gred U36, tiga orang Gred U32, 13 orang Gred U29 dan lima orang Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK).

Visi Unit:

Menjadi pusat kecemerlangan dalam penyediaan perkhidmatan Fisioterapi yang mudah diperolehi dengan penggunaan teknologi bersesuaian terkini yang terbukti berkesan dalam pengekalan, peningkatan dan restorasi kefungsian yang optima untuk mencapai kehidupan yang berkualiti.

Misi Unit:

a) Menyediakan dan memberi perkhidmatan Fisioterapi yang menyeluruh, berkesan dan mudah diperolehi kepada semua golongan masyarakat.
b) Menyediakan perkhidmatan yang profesional dan kompeten dengan penggunaan teknologi yang bersesuaian, terbukti berkesan, mampu milik dan mesra pelanggan.
c) Bekerjasama dalam satu pasukan dengan pengamal kesihatan yang lain dan juga komuniti untuk memberi penjagaan berkualiti dan promosi kesihatan yang memenuhi kehendak pelanggan.
d) Mengekalkan tahap kompetensi profesionalisma dengan mengikuti sentiasa perkembangan pembelajaran berterusan dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran.