Dietetik & Sajian
Perkhidmatan Sajian
Perkhidmatan Sajian Makanan Hospital Selayang telah di’outsourced’ kepada syarikat luar melalui tender sajian makanan yang dikendalikan oleh Bahagian Perolehan dan Penswastaan, Kementerian Kesihatan Malaysia setiap 3 tahun.
Panduan Perkhidmatan Sajian:
-
Manual Diet Hospital, Kementerian Kesihatan Malaysia 2006.
-
Guidelines for Hospital Catering, Kementerian Kesihatan Malaysia 2010.
-
Guidelines Mass Catering, Kementerian Kesihatan Malaysia 1996.
-
Garispanduan Spesifikasi Bekalan Makanan Mentah Basah dan Mentah Kering,
-
Perkhidmatan Dietetik dan Sajian, Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia.
-
Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
-
Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
-
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 (Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan).
-
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2009 (Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan).
-
Akta, garispanduan atau pekeliling yang berkaitan dan berkuatkuasa.
Perkhidmatan Sajian Hospital Selayang:
-
Terdiri daripada seorang Pegawai Penyediaan Makanan (C 41), 3 orang Penolong Pegawai Penyediaan Makanan (C 27), dan 2 orang Pembantu Tadbir (N 17).
-
Pemantauan Perkhidmatan Sajian 'Outsource' dalam mematuhi keperluan nutrien, prinsip kebersihan dan keselamatan makanan bersesuaian dengan teknologi semasa serta berkualiti.
-
Melaksanakan sistem pengurusan berdasarkan polisi-polisi, pekeliling - pekeliling dan arahan yang ditetapkan.
-
Pemberian kupon makanan kepada Pegawai Perubatan bertugas-atas-panggilan mengikut kelayakan ditetapkan oleh Pengarah Hospital berdasarkan pekeliling Kementerian Kesihatan Malaysia.
-
Pengendalian dan penyimpanan produk formula enteral.
-
Bekerjasama dengan beberapa jabatan/unit lain dalam menyelaras kafeteria di Hospital Selayang:-
-
Kafeteria Staf
-
Kafeteria Awam
-
- Memastikan pengurusan pentadbiran dan perkhidmatan makanan yang dijalankan oleh setiap kafeteria mematuhi arahan dan peraturan yang telah ditetapkan.
- Melatih dan membimbing pelajar IPTA untuk kursus perkhidmatan makanan dan sistem katering hospital.
Perkhidmatan Sajian Makanan Secara 'Outsource':
-
Perkhidmatan sajian makanan Hospital Selayang akan dibuka tender setiap 3 tahun.
-
Perkhidmatan sajian makanan secara outsource melibatkan perkara-perkara seperti berikut:
-
Pesanan Diet Dari Wad
-
Pesanan, Pembelian Dan Penerimaan
-
Penyimpanan Dan Pengurusan Stor
-
Penyediaan, Memasak Dan Penghidangan Makanan
-
Pengagihan Makanan di Trayline
-
Penghidangan Makanan di wad
-
Survei Tahap Kepuasan Pelanggan
Hidangan | Waktu Hidangan di Wad |
Sarapan | 7.00 pagi |
Minum Pagi* | 10.00 pagi |
Makan Tengahari | 12.00 tengahari |
Minum Petang | 3.00 petang |
Makan Malam | 6.30 petang |
Minum Malam* | 9.00 malam |
* Hanya untuk hidangan ringan Diet Diabetik sahaja
Waktu hidangan di wad adalah waktu troli makanan sampai di wad