Penyakit Chikungunya adalah jangkitan virus yang menjangkiti manusia melalui gigitan nyamuk Aedes.
Gejala utama penyakit Chikungunya adalah demam panas yang mengejut, sakit sendi dan ruam. Gejala lain yang boleh dialami adalah sakit kepala, sakit belakang mata, sakit otot dan loya.
Pastikan kawasan persekitaran kita bebas daripada pembiakan nyamuk Aedes.
Luangkan masa setiap minggu selama 10 minit.
JOM! Cari dan musnahkan tempat Aedes membiak.

Research Center
Strok atau angin ahmar adalah pembunuh ketiga rakyat Malaysia selepas sakit jantung dan pneumonia. Strok boleh terjadi apabila bekalan darah ke otak disekat akibat saluran darah tersumbat atau pecah. Ini menyebabkan kerosakan pada sel-sel otak dan meningkatkan risiko untuk lumpuh atau kurang upaya seumur hidup.
Oleh sebab itu, jika serangan strok berlaku, setiap saat selepas itu amat berharga. Tindakan pantas dapat meningkatkan peluang kepada pesakit untuk pulih. Ketahui tanda amaran strok supaya anda dapat membantu individu yang diserang strok mendapat rawatan dengan segera.
Strok tidak mendikriminasi dan boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Tetapi strok boleh dicegah dengan memahami faktor risikonya. Anda mungkin tidak boleh mengelak daripada faktor umur, bangsa, jantina dan sejarah keluarga. Sebaliknya, anda mampu mengawal faktor risiko lain dengan memantau tekanan darah, amalkan pemakanan sihat, kawal berat badan, berhenti merokok dan berubah kepada gaya hidup aktif.
*29 Oktober setiap tahun merupakan Hari Strok Sedunia


Pernahkah anda mendengar tentang sakit belakang yang bersifat radang?
Ankylosing Spondylitis adalah sejenis artritis yang menyerang sendi-sendi tulang belakang dan tulang pelvis.
Ia menyebabkan sakit belakang yang bersifat radang.
Jikalau masalah keradangan ini tidak dirawat dengan awal, ia akan menyebabkan kekakuan sendi-sendi di tulang belakang dan seterusnya membataskan pergerakan.
Bagaimanakah anda membezakan samada anda mengalami keradangan sakit belakang disebabkan Ankylosing Spondylitis atau hanya sakit belakang mekanikal?
Sempena dengan Hari Artritis Sedunia hari ini (Oktober 12), ketahui lebih lanjut mengenai AS melalui rencana ini di Persatuan Reumatologi Malaysia (MSR): https://msr.my/when-your-back-pain-is-not-just-a-back-pain/
Klik Di sini -> Maklumat Berkenaan Ankylosing Spondylitis
Klik Di sini -> Video World Arthritis Day Hospital Selayang
Mesti semua orang pernah dengar, atau baca.
''Derma darah selamatkan tiga nyawa''
Untuk pengetahuan anda semua, darah yang anda dermakan akan di bawa ke tempat komponen (makmal untuk asingkan komponen darah)
Setiap darah yang anda dermakan akan melalui satu proses pengasingan untuk mengasingkan sel darah merah, platelet dan plasma.
Darah yang anda dermakan akan berada dalam mother bag, iaitu darah dalam bag seperti gambar di bawah. Selepas diproses, darah yang terasing akan masuk dalam dua bag kosong seperti dalam gambar.
Sel darah merah, plasma dan platelet yang telah terasing akan disimpan di tempat simpanan dengan suhu simpanan darah berbeza untuk setiap jenis. Setelah diasingkan komponen tersebut, baru darah tersebut akan diberi kepada pesakit.
Untuk pengetahuan penderma juga,
Sel darah merah, plasma dan platelet yang telah anda dermakan akan diberikan kepada pesakit mengikut keperluan darah pesakit tersebut.
Sebab itulah, anda akan baca dan dengar 'menderma darah selamatkan tiga nyawa''
Jadi, jom derma darah. Selamatkan tiga nyawa.

Let's TALK : Adakah anda ok? (Bahasa Melayu)
"Anda tidak berseorangan, kami bersama-sama anda"
"Jika ada menghadapi masalah kesihatan mental, dapatkan bantuan. Kami mahu anda tahu yang anda tidak berseorangan. Kami sentiasa bersama anda. Kita telah bersama-sama mengharungi pandemik ini."
Itulah pesanan Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin pada pelancaran Pelan Strategik Kesihatan Mental 2020-2025 dan Kempen Adakah anda OK?/Are you OK? sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia, semalam, 10 Okt.
Beliau berkata, Pusat Komuniti Kesihatan Mental (Mentari) dan klinik kesihatan seluruh negara menyediakan perkhidmatan percuma kepada mereka yang menghadapi masalah kesihatan mental.
'Namun, adakah perkhidmatan ini mudah diakses? Justeru, saya mahu KKM mengambil berat isu ini untuk memudahkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan ini," katanya.
Dalam satu ciapan di twitter sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia semalam, YB Khary menekankan kesihatan fizikal berkait rapat dengan kesihatan mental.
Ciapan beliau itu mendapat penghargaan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus.
Ucapan terima kasih itu ditujukan kepada YB Khairy atas kepimpinan dan galakan untuk menyuarakan mengenai isu kesihatan mental.
Menerusi ciapannya hari ini, Isnin, Dr Tedros juga menekankan nilai kebersamaan dalam menghadapi kesihatan mental.
Untuk maklumat lanjut kesihatan mental layari mindasihatkkm.com
Untuk maklumat lanjut kempen dan pertandingan Adakah anda OK? layari facebook/myhealth
Klik Di sini -> Video LET'S TALK : Adakah anda ok? (Bahasa Melayu)


