Pilihan Bahasa

SAMBUTAN ‘HARI ARTRITIS SEDUNIA’ HOSPITAL SELAYANG

SAMBUTAN ‘HARI ARTRITIS SEDUNIA’ HOSPITAL SELAYANG
12 OKTOBER 2021, 3 PETANG

Hari Arthritis Sedunia bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran tentang penyakit-penyakit yang berkaitan dengan sendi.

Arthritis boleh menyerang sesiapa sahaja, yang tua mahupun yang muda termasuklah kanak-kanak dan tidak mengira jantina.

Contoh arthiritis yang sering dihadapi oleh golongan dewasa adalah Rheumatoid arthritis, Psoriatic arthritis, Ankylosing Spondylitis, dan Gout.

Adalah penting orang ramai mengetahui tanda-tanda awal penyakit agar rawatan dapat diberikan dengan segera sebelum komplikasi penyakit berlaku seperti kecacatan anggota.

Tema Hari Artritis Sedunia ‘Time 2 Work’ merupakan satu pesanan dan peringatan kepada kita semua untuk lebih prihatin kepada pekerja yang hidup dengan artritis.
Orang yang mengidap artritis perlu diberi peluang untuk bekerja, samada untuk kerjaya pertama, terus bekerja setelah mengidap penyakit mahupun untuk mereka yang pulang bekerja selepas menjalani rawatan.

Nantikan maklumat lanjut berkenaan Artritis pada 12 Oktober 2021, jam 3 petang di laman Facebook Hospital Selayang.

 

World Arthritis Day jpeg

Research Center

VIDEO KAUNSELING UBAT-UBATAN JABATAN FARMASI, HOSPITAL SELAYANG

Video-video ini adalah di dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil
Pelajari penggunaan alatan ini :
✅Turbuhaler
✅Respimat
✅Pengunaan Inhaler bersama Optichamber
✅Pengunaan Aerochamber
Terima kasih kepada warga kerja Jabatan Farmasi Hospital Selayang atas video penerangan ini.
Youtube : Pharmacy Department, Selayang Hospital

 

https://youtube.com/channel/UCGule797VdWOllg_FsJrGTw

Perkhidmatan Berhenti Merokok

Anda mahu berhenti merokok? Hubungi Pengawai Pendidikan Kesihatan kami di talian 03-61263158 untuk pertanyaan dan temujanji. Semua adalah PERCUMA.

berhentimerokok

 

Waktu Operasi CPRC Kebangsaan KKM

CPRC Kebangsaan KKM menambah satu lagi talian hotline iaitu 03-77239300 untuk orang ramai membuat pertanyaan berkenaan COVID-19.
Anda juga boleh berhubung dengan CPRC Kebangsaan KKM menerusi aplikasi WhatsApp dan emel.
operatinghours
 

Kongsikan Video Dengan Mesej - Sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri 2021

Berikan semangat dan sokongan kepada yang tersayang melalui video dengan tema Bertindak Segera, Harapan Terbina.
Kongsikan pengalaman dan tips di Instagram atau TikTok yang mampu membantu mencegah bunuh diri.
iklan01