Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2021 Jabatan Kesihatan Negeri Selangor bertempat di Dewan Bankuet 2 Aras 1, MBSA Convention Centre, 18 Julai 2022.
Sekalung apresiasi dan ucapan tahniah diucapkan kepada semua Penerima APC Hospital Selayang tahun 2021
Semoga anugerah ini dapat menjadi dorongan dan semangat untuk terus kekal cemerlang dan meningkatkan mutu kualiti perkhidmatan di Hospital Selayang.

Research Center
Penilaian pelanggan amat penting dalam membantu pihak Hospital mengenal pasti aspek perkhidmatan dan kemudahan yang perlu ditambah baik dalam memastikan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat secara keseluruhannya
Terima kasih atas kerjasama anda

Untuk makluman, Lembaga Zakat Selangor (MAIS) akan mengadakan membuka Perkhidmatan Zakat On Wheels di Hospital Selayang seperti tetapan berikut:
Masa : 10 pagi -3 petang (Kaunter akan dibuka setiap minggu (Hari Selasa) sehingga bulan November 2022)
Lokasi: Tapak Parkir, Perkarangan Hospital
Zakat On Wheels menyediakan perkidmatan seperti:
1. Khidmat Nasihat Zakat
2. Taksiran Zakat
3. Pembayaran Zakat
4. Permohonan Bantuan Zakat
Marilah kita bersama-sama membayar zakat untuk kesejahteraan hari esok
#zakatselangor
#selayangresilient
#selayangcenterofexcellence
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
Lembaga Zakat Selangor


Adalah dimaklumkan, polisi pelaksanaan ini tertakluk kepada polisi hospital demi memastikan kesihatan dan keselamatan semua pihak diutamakan.
Pelawat dan Penjaga tidak dibenarkan masuk bagi kesemua Wad Covid.
Pengecualian hanyalah kepada Wad Covid Pediatrik iaitu satu orang penjaga sahaja dibenarkan dan tiada pelawat dibenarkan masuk.
Manakala pesakit-pesakit di Wad Non-Covid secara umumnya adalah boleh dilawati.
Pengecualian hanyalah kepada Wad NICU Non-Covid dimana hanya ibu bapa pesakit sahaja dibenarkan melawat. Ibu bapa juga hendaklah menunjukkan bukti RTK negatif di lobi hospital sebelum melawat ke NICU.
Peneman bagi ibu yang bersalin di 'Labour Room' juga hendaklah menunjukkan bukti RTK negatif di lobi hospital sebelum dibenarkan masuk.
Sempena Perayaan Aldil Fitri yang bakal menjelma, kelongaran telah diberikan di mana waktu melawat telah dipanjangkan dari jam 12.00 tengah hari sehingga jam 7 petang bagi hari Syawal pertama dan hari Syawal kedua sahaja.
Waktu melawat akan kembali dilaksanakan seperti dalam garis panduan pada hari Syawal ketiga.
Hanya dua pelawat dibenarkan untuk satu pesakit pada satu-satu masa.
Amalkan penjarakan sosial, memakai pelitup muka dan sentiasa sanitasi tangan anda.



Pemakaian pelitup muka masih diwajibkan di dalam bangunan mulai 1 Mei 2022. Walau bagaimanapun, ia adalah pilihan di luar bangunan tetapi digalakkan apabila berada di tempat yang sesak dan untuk individu berisiko tinggi.

Mask-wearing is still mandatory indoors from 1 May 2022. However, it is optional outdoors. It is still encouraged when in crowded places and for high-risk individuals.
