Language

Pengenalan

Sekretariat  Kualiti Hospital Selayang telah beroperasi pada tahun 1999 dan menunjukkan prestasi yang memuaskan dan menawarkan perkhidmatan yang berkualiti. Sekretariat ini diketuai oleh Pengarah Hospital iaitu Dr. Hjh Siti Zaleha Mohd Salleh dan diselaraskan oleh Pengurus Kualiti iaitu Dr. Siti Rubiah Ibrahim ( Ketua Penolong Pengarah Kanan –Perubatan) dan dibantu oleh seorang Ketua Penyelia Jururawat U42,  seorang Penyelia Jururawat U41 yang menjaga Sekretariat Kualiti, tiga  orang Jururawat Terlatih U29 dan seorang Pembantu Tadbir N17. Sekretariat Kualiti menggunakan Visi dan Misi Hospital Selayang sebagai panduan perlaksanaan aktiviti.

Visi, Misi & Objektif

Visi

Visi Hospital Selayang dijadikan sasaran perkhidmatan iaitu

Menjadi sebuah hospital terbilang di peringkat antarabangsa yang memberi perkhidmatan perawatan perubatan yang profesional, berkualiti dan mesra pelanggan berlandaskan Teknologi Maklumat


Misi

Sekretariat Kualiti menggunapakai misi Hospital Selayang dalam memberi perkhidmatan.

  • Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, selamat, efisyen, efektif dengan mengutamakan pelanggan.
  • Berkerjasama dengan masyarakat untuk mempromosi penjagaan kesihatan.
  • Komited untuk membangunkan tenaga kerja yang beretika, cekap dan berdisiplin.
  • Membentuk organisasi yang berteraskan ilmu pengetahuan, inovatif, telus dan amanah.


Objektif

  • Merancang, menyelaras, memantau dan menilai perlaksanaan aktiviti pengurusan kualiti Hospital Selayang sepertimana yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia serta Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.
  • Menjadi pusat rujukan untuk semua anggota Hospital Selayang untuk dapatkan bahan-bahan rujukan terutama berkaitan dengan garis panduan untuk sesuatu penyakit, MS ISO 9001:2008, Akreditasi dan lain-lain.

Pencapaian

1. Berjaya menghantar 2 kumpulan KIK, 2 kumpulan Inovasi dan 1 kumpulan HSA ke Karnival  Inovasi2011 Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dimana Kumpulan KIK Jabatan Farmasi telah menjadi Johan KIK peringkat Negeri Selangor manakala kumpulan Inovasi Jabatan Fisioterapi telah menjadi Naib Johan Inovasi peringkat Negeri Selangor dan  Jabatan Dietetik dan Sajian telah menjadi Johan HSA kategori Oral Presentation.

2. Berjaya melaksanakan kursus Budaya Korporat sebanyak 3 kali, kursus Soft Skill 2 kali dan kursus Medico Legal 2 kali pada tahun 2011. Berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Program Perubatan JKNS.

3. Bengkel KIK telah dijalankan sebanyak 2 kali untuk 12 kumpulan KIK.

4. Menjadi penyelaras kursus Pain as 5th vital sign untuk Pegawai Perubatan Siswazah dan Pegawai Perubatan Hospital Selayang dengan pencapaian liputan 73%.

5. Telah melaksanakan Kajian Kepuasan Pelanggan  iaitu 2 kali bagi Kajian Kepuasan Pelanggan Luaran dan 1 kali Kajian Kepuasan Pelanggan Dalaman.

Aktiviti Jabatan

 

Budaya Korporat

Soft Skill


 

KIK

 

Report Writing

Perancangan & Perlaksanaan Kursus bagi tahun 2012