Language

Sekolah Dalam Hospital (SDH)

Program Transisi SDH merupakan satu aktiviti permulaan iaitu suai kenal SDH SELAYANG khusus untuk murid-murid yang mendapat rawatan di wad hospital ini. Program ini juga diadakan untuk memperkenalkan kewujudan sekolah dalam hospital kepada pesakit bagi memastikan pendidikan dapat diakses oleh semua kanak-kanak tanpa batasan dan keadaan.

  • Murid SDH akan mengikuti pembelajaran di wad atau kelas.
  • Murid yang diajar merangkumi prasekolah, Sekolah rendah dan menengah.
  • Terdapat 2 sesi pembelajaran

1) 10.00 pagi– 12.00 tgh
2) 2.00 ptg- 4.00 ptg

  • Fokus utama adalah pengajaran subjek teras iaitu Bahasa Malaysia,Bahasa Inggeris,Matematik dan Sains
  • Takwim sesi persekolahan mengikut sesi sekolah harian biasa.
  • Untuk keterangan lanjut, sila hubungi jururawat bertugas atau berurusan terus ke Sekolah Dalam Hospital, Tingkat 8 (Wad 8A),Jab. Pediatrik,Hospital Selayang.

Research Center

Perkhidmatan Pengambilan Darah

pengambilan darah

Makluman kepada semua pelanggan Hospital Selayang

Klinik Perubatan Am telah memulakan perkhidmatan Pengambilan Darah :

Hari : Setiap Hari Sabtu
Masa : 7.30 pagi - 12.30 tengahari
Tempat :

Bilik 12, Klinik Perubatan Am,
Aras 3, Hospital Selayang

Sebarang Pertanyaan Boleh Berhubung Dengan Jururawat di Bilik 12

No Tel : 23-6120 3233 samb 3297

Mencari Waris Bagi Pesakit Tanpa Pengenalan Diri

pesakit tiada pengenalan diri

Seorang pesakit wanita telah dijumpai oleh orang ramai dalam keadaan merayau-rayau di Sungai Buloh dan telah dirujuk ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut. Tiada dokumen pengenalan diri dijumpai bersama pesakit dan menurut pesakit beliau berasal dari Sarawak dan dikenali sebagai Rafisah.

Justeru orang ramai yang mengenali pesakit atau mempunyai maklumat mengenai pesakit (gambar) diminta menhubungi Encik Zul Zamrin Bin Mohd Idrus (Pegawai Kerja Sosial Perubatan) di talian 03-61263333/03-61203233 sambungan 3175. 

Pekeliling Perkhidmatan 1/2012

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1/2012


Pekeliling terkini daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1/2012 - Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Dibawah Sistem Saraan Malaysia

Pekeliling Perkhidmatan 1/2012

Kempen Tak Nak Beg Plastik

KEMPEN TAK NAK BEG PLASTIK

Bermula 1 Januari 2011, Jabatan Farmasi menggalakkan pesakit membawa beg plastik sendiri untuk mengisi ubat. Kempen ini dijalankan usaha untuk memelihara alam sekitar dari pencemaran dan kemusnahan.