
Sukacita ingin dimaklumkan, bahawa Jabatan Dietetik & Sajian akan menganjurkan sambutan Nutrition Month 2015 bertemakan 'Say NO to Diabetes: Eat Right, Move More' pada 13 Mei 2015 (Rabu) di Lobi Utama, Hospital Selayang.
Aktiviti-aktiviti menarik:
• Pemeriksaan Antropometri
• Pemeriksaan Gula darah
• Demonstrasi Memasak
• Pameran Poster & Booth (Diabetic Tunnel, Read the Labels, Food Display)
• Jualan Buku Resepi Sihat
• Pertandingan 'Run For Wrap'
• Meal Replacement Challenge
Di sini, saya juga ingin menjemput anggota-anggota Hospital Selayang untuk menyertai Pertandingan 'Run For Wrap'
Research Center
Adalah dimaklumkan bahawa Hospital Selayang akan menganjurkan projek kebajikan berupa pengumpulan pakaian/keperluan harian untuk disumbangkan kepada mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur yang amat-amat memerlukan bantuan bagi keperluan harian mereka. Projek ini dianjurkan bagi memenuhi obligasi sosial dan kebajikan semua warga kerja Hospital Selayang dan akan diselaraskan oleh Kelab Sukan & Kebajikan Hospital Selayang.
Sehubungan dengan ini, sokongan , kerjasama dan keperihatinan setiap warga kerja adalah diperlukan bagi menyumbang keperluan harian yang boleh digunakan bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang sedang menghadapi kesulitan untuk memenuhi keperluan harian masing-masing. Antara keperluan yang dipohon adalah seperti tilam, bantal, selimut, toto, pampers, pakaian harian (terutama pakaian sekolah), toiletries, peralatan memasak, water jet untuk kerja pembersihan dan juga bahan makanan kering. Semua sumbangan boleh dihantar di Kompleks Sukan & Rekreasi Hospital Selayang pada bila-bila masa pada atau sebelum 31 Disember 2014 ( Rabu) . Sumbangan yang berlabel boleh diletakkan dihadapan Dewan Badminton jika petugas keselamatan tidak berada dipost ketika penghantaran.
Memandangkan keperluan tersebut perlu dihantar secepat mungkin kerjasama semua penyumbang adalah diharapkan agar dapat membuat pengasingan dan melabel kotak-kotak tersebut mengikut jenis. Contohnya :
- pakaian kanak-kanak perempuan/lelaki ( jika ada had umur lagi memudahkan )
- pakaian dewasa lelaki/perempuan
- keperluan harian ( nyatakan )
- makanan kering ( nyatakan) dan lain-lain
Setiap kotak juga perlu di label SUMBANGAN MANGSA BANJIR PANTAI TIMUR.
Semoga sedikit sumbangan yang diusahakan ini akan dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa-mangsa terbabit. Sokongan , kerjasama dan sumbangan setiap warga kerja Hospital Selayang amatlah dihargai. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada Setiausaha Kelab Sukan & Kebajikan Hospital Selayang di sambungan 3095/ 019-2041413 ( Pn. Hjh. Hamidah Hj. Ariffin)
TANGAN YANG MEMBERI LEBIH BAIK DARI YANG MENERIMA.

Forum Kesedaran Payudara & Kolorektal
Tarikh : 22 Disember 2014
Masa : 8.00am - 5.00pm (Isnin)
Tempat : Auditorium Hospital Selayang
Sila Klik : Flyer Forum Kesedaran Payudara
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Hospital Selayang.
| 1. | (a) Jawatan : | Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17 (Sambilan) |
| (b) Klasifikasi Perkhidmatan : | Sokongan Gred N17 | |
| (c) Jadual Gaji : | RM 54.00 ( Bayaran gaji adalah mengikut hari bekerja) | |
| (d) Syarat Lantikan : | Calon bagi lantikan hendaklah memiliki syarat kelayakan berikut: | |
| i) warganegara Malaysia; | ||
| ii) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan | ||
| iii) memiliki Sijil S.P.M sekurang-kurangnya mendapat kepujian dalam 4 mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia dan lulus ujian Lisan atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan. | ||
| (e) Keutamaan : | iv) Keutamaan diberi kepada mereka yang mendapat kepujian dan Mahir Bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris. | |
| (f) Taraf Jawatan : | Sambilan | |
| (g) Deskripsi Tugas : | Bertanggungjawab melaksanakan tugas – tugas perkeranian dan operasi (kaunter perdaftaran/bahagian pengurusan) | |
| (h) Tarikh Temuduga: | 10 Disember 2014 | |
| Masa : | 9.00 pagi – 2.00 petang | |
| Tempat : | Unit Pentadbiran, Hospital Selayangz |

Unit Transplan Menganjurkan Hari Transplan Peringkat Kebangsaan pada :
Tarikh : 11 Oktober 2014 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Perkarangan Selayang Mall.
Dijemput hadir..