Language

Temuduga Terbuka Hospital Selayang

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Hospital Selayang.

1. (a) Jawatan : Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17 (Sambilan)
  (b) Klasifikasi Perkhidmatan : Sokongan Gred N17
  (c) Jadual Gaji : RM 54.00 ( Bayaran gaji adalah mengikut hari bekerja)
  (d) Syarat Lantikan : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki syarat kelayakan berikut:
    i) warganegara Malaysia;
    ii) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    iii) memiliki Sijil S.P.M sekurang-kurangnya mendapat kepujian dalam 4 mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia dan lulus ujian Lisan atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
  (e) Keutamaan : iv) Keutamaan diberi kepada mereka yang mendapat kepujian dan Mahir Bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris.
  (f) Taraf Jawatan : Sambilan
  (g) Deskripsi Tugas : Bertanggungjawab melaksanakan tugas – tugas perkeranian dan operasi (kaunter perdaftaran/bahagian pengurusan)
  (h) Tarikh Temuduga: 10 Disember 2014
        Masa : 9.00 pagi – 2.00 petang
        Tempat : Unit Pentadbiran, Hospital Selayangz

Research Center

Kempen Jalanan Kesedaran Penderma Organ

Unit Transplan Menganjurkan Hari Transplan Peringkat Kebangsaan pada  :

Tarikh : 11 Oktober 2014 (Sabtu)

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Perkarangan Selayang Mall.

Dijemput hadir..

 

Pembatalan Sebutharga Operating Table Bil 31/2014

Dukacita dimaklumkan bahawa Unit Perolehan terpaksa membatalkan sebutharga bil 31/2014 bagi Sebutharga Operating Table yang ditawarkan pada 30 September 2014 dan akan ditutup pada 9 Oktober 2014 diatas sebab-sebab tertentu.

Harap maklum.

Hari Bertemu Pelanggan 17 September 2014

Hari bertemu pelanggan peringkat Hospital Selayang akan di adakan pada :

Tarikh : 17 September 2014
Masa : 10.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Lobi Utama

Kempen Derma Darah Bil 4/2014

Pusat Darah Negara sekali lagi akan bekerjasama dengan Hospital Selayang bagi menganjurkan Kempen Derma Darah Bil 4/2014 mengikut ketentuan berikut :

Tarikh : 9 & 10 September 2014 ( Selasa & Rabu)
Masa : 9.00 am - 4.30 pm
Tempat : Lobi Utama , Aras 3, Hospital Selayang.

Peringatan :
Bagi warganegara - Dimestikan bawa kad pengenalan.
Bukan warganegara yang menetap 1 tahun di Malaysia - Dimestikan bawa passport.

"Derma Darah Tanggungjawab Bersama"