Language

Skim Perkhidmatan Pesakit Bayaran Penuh (FPP)

Perkhidmatan ini merangkumi

tick   Pesakit Luar
 tick   Pesakit Dalam
 tick   Pesakit Rawatan Harian

Skim perkhidmatan ini menawarkan kemudahan seperti berikut:

tick

 

Kelebihan untuk memlilih pakar

tick

 

Kaunter khas (FPP) untuk mendapat rawatan

 tick  

Keistimewaan - Wad berasingan dan bilik VIP

 SKOP PERKHIDMATAN

tick

 

Perkhidmatan konsultasi

tick

 

Perkhidmatan hospitaliti

tick

 

Perkhidmatan penyiasatan

tick

 

Perkhidmatan prosedur dan pembedahan

tick

 

Perkhidmatan terapi

 CARA MENDAPATKAN RAWATAN

Pesakit boleh mendapatkan rujukan dari mana-mana pegawai perubatan kerajaan atau pengamal perubatan swasta atau boleh juga hadir sendiri untuk mendapatkan rawatan di bawah Skim PPBP dan seterusnya berdaftar sebagai pesakit dalam [memasuki wad].

Sekiranya anda dimasukan ke dalam wad anda akan dikenakan bayaran seperti berikut :

 tick    Caj wad
 tick    Caj pembedahan/ujian makmal/radiologi
 tick    Caj Ubat

 DEPOSIT
Pesakit akan dikenakan deposit mengikut kadar yang ditetapkan.

tick

 

Minima RM3,000.00 atau 50% daripada anggaran keseluruhan caj rawatan yang mana lebih tinggi

tick

 

Bagi pesakit yang membawa surat jaminan [GL] dari syarikat swasta yang berdaftar dengan KKM

TAMBAHAN DEPOSIT

Deposit akan disemak setiap hari untuk memastikan bakinya tidak kurang daripada RM 1,000.00. Apabila berbaki RM1,000.00 Surat Peringatan untuk penambahan deposit akan dikeluarkan kepada pesakit atau waris dari masa ke semasa. Tambahan perlu dibuat dalam masa 24 jam dari tarikh pesakit menerima Surat Peringatan tersebut.

Pesakit boleh menarik diri dari meneruskan Skim PPBP ini dengan menandatangani borang yang sedia ada bagi tujuan tersebut dan menjelaskan bayaran tertunggak.

PEMBAYARAN

Pembayaran boleh dilakukan melalui kaedah ini :

tick    Tunai
 tick   Kad Kredit