Peperiksaan "Membership of the Royal Colleges of Physicians of the United kingdom (MRCP UK)" buat kali ke-18 di Hospital Selayang telah berlangsung dengan jayanya pada 31 Mei 2022.
Peperiksaan ini merupakan peperiksaan bertaraf antarabangsa yang dijalankan setahun sekali semenjak tahun 2002 kecuali pada tahun 2020 dan 2021 disebabkan oleh pandemik COVID-19.
Peperiksaan ini merupakan peperiksaan bagi Pegawai Perubatan untuk diiktiraf sebagai seorang Pakar Perubatan dalaman setelah menjalani latihan perubatan secara menyeluruh Hospital Selayang.
Pada kebiasaannya, peperiksaan in akan melibatkan pemeriksa daripada United Kingdom dan juga Malaysia.
Walau bagaimanapun, pada kali in pemeriksa luar negara tidak dapat hadir disebabkan oleh situasi COVID-19 yang belum reda sepenuhnya.
Pihak Hospital juga ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada semua pesakit yang telah meluangkan masa serta kakitangan Jabatan Perubatan Hospital Selayang yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan peperiksaan ini.
#selayangresilient
#selayangcenterofexcellence
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
Research Center
TAHNIAH HOSPITAL SELAYANG!
Program ASEAN Energy Management Scheme (AEMAS) yang bermula sejak tahun 2010 adalah suatu inisiatif di bawah ASEAN Centre for Energy (ACE) dalam usaha menggalakkan pengurusan tenaga dengan cekap di peringkat ASEAN.
Program ini terbahagi kepada dua sub-program iaitu Energy Manager Training Course (EMTC) dan Energy Management Gold Standard (EMGS).
Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) telah dilantik sebagai agensi pelaksana dan 'focal point' program AEMAS bagi Malaysia bermula 1 Februari 2014 sehingga kini.
Dalam hal ini, Hospital Selayang telah berjaya mendapat penganugerahan Sijil Energy Management Gold Standard (EMGS) sebanyak 2 Star setelah melalui proses penilaian dan disahkan memenuhi kriteria EMGS bagi pelaksanaan Sistem Pengurusan Tenaga Lestari (SPTL).
Majlis Penganugerahan Sijil Energy Management Gold Standard (EMGS) untuk organisasi-organisasi yang berjaya mendapat pensijilan tersebut sejak tahun 2019 telah diadakan di EQ Hotel pada 17 Mei 2022.
Sekali lagi, syabas dan tahniah diucapkan kepada Hospital Selayang atas pencapaian yang membanggakan ini.
11 Mei 2022 - Terima kasih diucapkan kepada BAN SENG LEE Industries SND.BHD kerana menjemput TOP Team Hospital Selayang sempena Kempen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan pada bulan Mei 2022.
Sedikit sebanyak perkongsian ilmu dan pengetahuan dapat kami berikan kepada kakitangan BAN SENG LEE Industries SND.BHD berkaitan kesedaran pendermaan organ disamping dapat menjadi pengikrar pendermaan organ. Terima kasih di atas sambutan dan sokongan yang memberangsangkan dan terima kasih juga kerana sudi menjadi Pengikrar.
03 Mei 2022 - Ziarah Syawal Hari Raya ke Hospital Selayang.
YBhg. Dato' Sri Mohd Shafiq Bin Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,
Dan
YBhg. Datuk Harjeet Singh A/L Hardev Singh, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia.
Majlis Sumbangan kepada Anak Yatim, Ibu Tunggal, Anak Kelainan Upaya, Saudara Baru serta Golongan B40 Bukan Muslim telah diadakan pada 22 April 2022.
Syukur kepada Allah swt, hasil sumbangan Warga Hospital Selayang, iaitu dari banyak Jabatan & Unit, Persatuan-persatuan juga Syarikat Korporat, NGO juga tidak terkecuali orang perseorangan yang terlibat dapatlah diraikan seramai 129 senarai penerima daripada pelbagai kategori yang disenaraikan diatas. Seronok Anak-anak dapat duit raya.
Program dimulakan dengan bacaan doa oleh En Anwar. Dr Afidah (Pengarah Hospital Selayang) memberi ucapan alu-aluan kepada semua hadirin serta ucapan Selamat Hari Raya kepada semua warga Hospital Selayang dan kemudian Dr Mohd Hamdi selaku Pengerusi Persatuan Kebajikan Warga Islam (PKWI) Hospital Selayang menyampaikan ucapan bagi mewakili semua ahli serta jawatankuasa Persatuan.
Jutaan Terima kasih diucapkan kepada Dr Afidah (Pengarah Hospital Selayang) yang dapat meluangkan masa menyampaikan sumbangan kepada semua penerima. Turut hadir bersama dalam majlis ialah Dr Tengku Intan Norleen (Timbalan Pengarah I), Dr Nik Nor Aniza (Timbalan Pengarah II), Dr Syafiq (Timbalan Pengarah III), En Azalizam (Timbalan Pengarah Pengurusan), Dr MN Azri (Timbalan Pengerusi PKWI) serta tetamu jemputan yang lain, Ketua-ketua Jabatan, ahli jawatankuasa persatuan serta para petugas barisan hadapan Hospital Selayang.
Usaha yang dijalankan oleh Pihak Persatuan ini mendapat kerjasama daripada Kelab Sukan & Rekreasi Hospital Selayang dan Puspanita Cawangan Kecil Hospital Selayang serta Organisasi Hospital Mesra Ibadah (HMI) bagi mengajurkan program yang saban tahun telah dijalankan ini.
Semoga dengan usaha yang dijalankan oleh Pihak Persatuan dapat memeriahkan lagi sambutan Aidil Fitri kepada kepada senarai penerima bersama keluarga.