27 Ogos - Program Fun Walk Sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Peringkat Hospital Selayang (2/2)
Research Center
Kursus Basic Life Support (BLS) bagi Kakitangan Jabatan Obstetrik & Ginekologi (O&G).
Timbalan Pengarah Perubatan I, Dr. Tengku Intan Norleen mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Jawatan Kuasa yang terlibat.
22 Ogos 2022 : Sesi Perjumpaan Pengarah Hospital Selayang bersama Jabatan Imigresen Malaysia dihadiri oleh Puan Rohayati binti Mohd Azrai, Ketua Penolong Pengarah Imigresen dan Tuan Rohaizad bin Razali, Timbalan Penolong Pengarah Imigresen dari Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Selangor. Perbincangan ini diadakan bagi membincangkan isu keselamatan yang melibatkan warga asing di Hospital Selayang terutama pendatang tanpa izin (PATI) dan mencari solusi terhadap isu-isu yang berbangkit.
19 Ogos 2022 : Telah berlangsung Perhimpunan Bulanan yang disempurnakan oleh Yang Mulia, Dr. Tengku Intan Norleen, Timbalan Pengarah (Perubatan) 1, Hospital Selayang.
Tema: Sambutan Bulan Kemerdekaan
Terima Kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama bagi menjayakan perhimpunan ini
12 Ogos 2022 :
Sumbangan buku Book Effect daripada NGO Friends of Mankind dengan kerjasama Sunway Group kepada Sekolah Dalam Hospital di Hospital Selayang.
Di seluruh negara, terdapat sebanyak 15 hospital mempunyai Sekolah Dalam Hospital. Salah satu daripadanya terdapat di Hospital Selayang.
Pembelajaran di Sekolah Dalam Hospital ini berorientasikan didik hibur dan fleksibel dalam suasana persekitaran yang kondusif.
Pendekatan ini secara tidak langsung merupakan satu terapi yang dapat membantu proses penyembuhan murid yang berada di hospital.
Oleh itu, kelangsungan pembangunan modal insan dapat diteruskan di luar amalan persekolahan yang konvensional.
Sekolah Dalam Hospital di Hospital Selayang amat bertuah apabila terpilih sebagai penerima sumbangan buku dan kelengkapan hiasan daripada NGO Friends of Mankind dengan kerjasama Sunway Group kepada Sekolah Dalam Hospital di Hospital Selayang.
Sumbangan ini seiring dengan inisiatif United Nation Sustainable Development Goal perkara 4 iaitu Pendidikan Berkualiti.
Pasukan sukarelawan NGO telah mengambil masa selama dua hari untuk memasang rak, meja dan menghias Sekolah Dalam Hospital bagi kegunaan pesakit-pesakit pediatrik hospital ini.
Sebanyak 1300 buah buku, 4 buah rak, serta beberapa perhiasan lain telah disumbangkan.
Pihak Hospital Selayang mengucapkan terima kasih kepada NGO Friends of Mankind dan Sunway Group dan berharap agar usaha baik daripada NGO dan syarikat seperti ini berterusan pada masa hadapan.