23 September 2022 - telah berlangsung Perhimpunan Bulanan yang disempurnakan oleh Yang Mulia, Dr. Tengku Intan Norleen, Timbalan Pengarah (Perubatan) 1, Hospital Selayang.
Terima Kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama bagi menjayakan perhimpunan ini.
Research Center
Tarikh: 22 September 2022
Lokasi: Perkarangan Lobi Utama Hospital Selayang
Syabas dan Tahniah diucapkan kepada peserta yang sudi hadir bagi memeriahkan program ini.
Sambutan dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Perubatan I, Dr. Tengku Intan Norleen. Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada Jabatan Fisioterapi serta seluruh ahli jawatankuasa yang terlibat bagi menjayakan sambutan ini.
Tahniah!
Tarikh: 12 September hingga 15 September 2022.
Pada 14 September Majlis Perasmian Minggu Pemantapan Keselamatan Pesakit telah diadakan dan telah dirasmikan oleh Puan Pengarah, Dr Afidah Binti Ali.
Syabas dan Tahniah diucapkan kepada seluruh peserta yang sudi hadir bagi memeriahkan program ini.
Serta ucapan ribuan terima kasih kepada seluruh ahli jawatan kuasa dan jabatan yang terlibat bagi menjayakan program ini.
Tahniah!
05 Sept 2022 - Seramai 8 orang ahli MPM yang diketuai Dr Muhammad Fauzi Abdul Rani telah hadir dalam lawatan ke Hospital Selayang.
Selain menjalankan tugasan melihat Area 5 : facility, education resources, research & development yang disediakan Hospital Selayang bagi pelajar Fakulti Perubatan UITM, satu sesi perbincangan ringkas turut diadakan.
Turut hadir dalam sesi perbincangan ini, Dr. Yu Kik Kin, Ketua Jabatan O&G, Dr Joy Peripooranam Poore, Pakar Perubatan O&G dan Dr Loh Wai Loong, Pakar Perubatan Pediatrik yang telah memberi penerangan berkenaan fasiliti dan perkhidmatan latihan yang terdapat di Hospital Selayang.
Kursus telah berlangsung selama dua (2) hari bermula 25 - 26 Ogos 2022 di Auditorium dan perkarangan Hospital Selayang.
Kursus dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu secara teori dan juga praktikal dengan taklimat mengenai Perkhidmatan Bomba, alat pemadam api serta teknik-teknik menyelamatkan mangsa kebakaran.
Para peserta turut diberi tunjuk ajar untuk mencuba sendiri alat pemadam api dengan bimbingan tenaga pengajar.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Tuan Alias bin Dollah, Pegawai Kanan Bomba II dan pasukan dari Balai Bomba Selayang diatas kesudian menjadi tenaga pengajar bagi kedua-dua hari tersebut.
Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada seluruh wargakerja Hospital Selayang yang terlibat bagi menjayakan kursus ini. Semoga Kerjasama pihak Balai Bomba Selayang dan Hospital Selayang dapat diteruskan di masa akan datang.
Tahniah Team!