05 Ogos 2022 - Majlis Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat Hospital Selayang yang berlangsung pada hari ini 5/8/2022, bertempat di Auditorium Hospital Selayang. Majlis yang gilang gemilang ini dirasmikan oleh Dr. Afidah binti Ali, Pengarah Hospital Selayang. Setinggi - tinggi ucapan tahniah dan terima kasih diatas kerjasama yang diberikan oleh semua kakitangan yang terlibat secara langsung atau tidak bagi menjayakan sambutan majlis ini! Tahniah Team!
Research Center
29 Julai 2022 - Sambutan Hari Hepatitis Sedunia Peringkat Hospital Selayang 2022
Sambutan tahun ini yang bertemakan " Hepatitis - Can't Wait " dirasmikan oleh yang berbahagia, puan pengarah Hospital Selayang, Dr. Afidah Binti Ali yang diiringi Dr. Haniza Omar selaku pengurusi sambutan hari ini.Sempena sambutan hari ini, kami menyediakan perkhidmatan saringan Hepatitis percuma kepada semua pengunjung dan kakitangan Hospital Selayang.
28 Julai 2022 - Bengkel Pengurusan Ibadah Pesakit Siri 2/2022
Slot disampaikan oleh Ustaz Mohd Zulkifli Bin Awang dari Hospital Pakar Islam Kampung Baru
26 Julai 2022 - Majlis Perasmian Minggu Resusitasi Hospital Selayang 2022
Disempurnakan oleh YM Dr.Tengku Intan Norleen binti Tengku Syarif, Timbalan Pengarah (Perubatan) 1 Hospital Selayang. Program yang telah bermula pada 25 Julai 2022 akan berakhir pada 28 Julai 2022.
Antara pegisian minggu resusitasi Hospital Selayang ialah pemaran poster, demonstration CPR dan pertandingan CPR.
Sempena dengan perasmian majlis pada hari ini juga turut berlangsung penyerahan Automatic External Defibrillator(AED) yang telah disumbangkan oleh Persatuan Pendidikan Perubatan Pasca Ijazah Hospital Selayang,Kelab Sukan dan Kebajikan Hospital Selayang, PUSPANITA Cawangan Kecil Hospital Selayang dan Persatuan Kebajikan dan Rekreasi Penolong Pegawai Perubatan Hospital Selayang bagi diletakkan di luar kawasan klinikal sebagai alat bantuan resusitasi sekiranya berlaku sebarang kecemasan.
Tahniah Team!
Sambutan World Health Day & Nutrition Month peringkat Hospital Selayang telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah 1, Dr Tengku Intan Norleen pada 28 Mei 2022, jam 8 pagi di Kompleks Sukan Hospital Selayang.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada penganjur, Jabatan Dietetik & Sajian dan Unit Pendidikan Kesihatan dengan kerjasama Persatuan Pasca Siswazah, Kelab Sukan & Rekreasi, Unit Keselamatan, Unit Pentadbiran, Unit Kewangan, Jabatan Fisioterapi, Unit Pemandu dan Radicare.
Terima kasih juga kepada semua peserta, urusetia, juri dan Timbalan-timbalan Pengarah yang telah menjayakan program ini.