Waktu Melawat Hospital Selayang adalah seperti berikut:
Hari Isnin hingga Jumaat
Jam 12.30pm hingga 2.00pm
Jam 4.30pm hingga 7.00pm
(Semua jenis wad kecuali wad ICU/CCU)
Sabtu hingga Ahad & Cuti Umum
Jam 12.30pm hingga 7.00pm
(Semua jenis wad kecuali wad ICU/CCU)
Waktu Melawat ICU/CCU
Isnin - Ahad (Termasuk Cuti Umum)
Jam 4.30pm hingga 7.00pm
Hanya dua (2) orang pelawat dibenarkan untuk melawat seseorang pesakit pada satu-satu masa
Waktu Melawat adalah tertakluk kepada sebarang perubahan.
Sila rujuk di laman web utama Hospital Selayang untuk sebarang maklumat terkini.
Terima kasih

Research Center
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Kempen Derma Darah Bulan September 2023 akan diadakan mengikut ketentuan seperti di bawah:
Tarikh: 6 Sept 2023 [berlangsung sehari sahaja]
Hari: Rabu
Masa: 11.00am - 4.00pm
Tempat: Lobi Utama Aras 3, Hospital Selayang
Peringatan: Bagi warganegara dimestikan membawa kad pengenalan dan bagi bukan warganegara, perlu menetap di Malaysia lebih dari 1 tahun dan perlu membawa passport.
Anda semua dijemput hadir.
Adalah dimaklumkan bahawa Caj Bayaran Tempat Letak Kenderaan di Hospital Selayang akan mula beroperasi sepenuhnya pada 19 Ogos 2023 (Sabtu).
Caj Bayaran Tempat Letak Kenderaan akan dikenakan seperti kadar yang telah ditetapkan seperti di lampiran.
Bagi penggunaan Kad Debit, caj deposit sebanyak RM3.00 akan dikenakan dan akan dipulangkan semula dalam tempoh 24 jam @ dalam 3 hari bekerja. Tiada caj deposit dikenakan bagi penggunaan kad Touch 'n Go.
Kadar caj maksima adalah mengikut pada kadar harian dan caj pembayaran parkir tidak akan dikenakan untuk 20 minit pertama. Pelawat / Pesakit diingatkan untuk mempunyai baki minimum sebanyak RM15 di dalam kad Touch 'n Go..
Sebarang aduan, pertanyaan atau masalah berkaitan parkir, boleh dikemukakan kepada Syarikat Tago Car Park & Logistic Sdn. Bhd. melalui:
Talian Pejabat (24 Jam) :- 03-61273023
Talian Hotline (24 Jam) :- 018-3509811
Email :-
𝗭𝗢𝗡 𝗣𝗔𝗥𝗞𝗜𝗥 𝗕𝗘𝗥𝗣𝗔𝗟𝗔𝗡𝗚:
1. Kawasan Parkir Terbuka di Kompleks Rawatan Harian
2. Kawasan Parkir Terbuka Jabatan Kecemasan & Trauma
3. Kawasan Mekanikal Parkir
4. Lot Parkir sebelah Farmasi Pandu Lalu
5. Lot Parkir berhadapan Lobi Klinik Pakar
6. Lot Parkir Jalan Utama
Untuk makluman pihak tuan/puan, perubahan aliran trafik di Jalan Kecemasan dan Tempat Baru Autopay Station akan berkuat kuasa mulai 10 Julai 2023.
Aliran trafik yang diubah dan terbahagi seperti di lampiran.
Perubahan aliran trafik ini dilaksanakan bagi kelancaran aliran trafik serta bagi mengelakkan berlakunya kesesakan.
Kesulitan yang dihadapi tuan/puan amatlah dikesali.
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh kemukakan kepada Tago Carpark & Logistics Sdn Bhd melalui :
Pejabat (24 Jam) : 03-61273023
Talian Hotline (24 Jam) :
018-3509811
E- Mel :


