Language

PEMBERITAHUAN UMUM

pemberitahuan umum

SEMUA PESAKIT YANG INGIN MENDAPATKAN RAWATAN DI KLINIK PAKAR TERMASUK PENGAMBILAN DARAH, XRAY, ULTRASOUND, FISIOTERAPI PERLU MEMBUAT PENDAFTARAN TERLEBIH DAHULU DI KAUNTER PENDAFTARAN A (KLINIK PAKAR ARAS 3) ATAUPUN KAUNTER PENDAFTARAN B (KLINIK PAKAR ARAS 4) MENGIKUT KLINIK YANG TERLIBAT

Research Center

Hari Kesihatan Mental Sedunia

psy140817

"KESIHATAN MENTAL DI TEMPAT KERJA"

Anjuran : Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental, Hospital Selayang

Tempat : Ruang Legar Hospital Selayang Selangor

Tarikh : 9 - 12 Oktober 2017

Acara Kemuncak di Ruang Legar Selayang Mall

Tarikh : 13 - 14 Oktober 2017

Masa : 10.00 pagi - 4.00 petang

 

World Farmacist Day

World Pharmacists Day 160817

Tarikh : 25 September 2017

Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang

Lokasi : Ruang Legar Klinik Pakar L3

Ada dijemput hadir, Aktiviti menarik disediakan :

  • Pameran
  • Tayangan Video
  • Ceramah Ubat-ubatan
  • Saringan Kesihatan Percuma
  • Pertandingan Teka Kapsul
  • Permainan & Kuiz Kenali Ubat Anda

 

World Pharmacist Day

Adalah dimaklumkan, bersempena dengan sambutan 'World Pharmacist Day' pihak Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dengan kerjasama Malaysian Pharmaceutical Society (MPS) akan mengadakan Program 'Road to World Pharmacist Day' Zon Gombak” pada ketetapan berikut :

Tarikh   : 15hb Julai 2017 (Sabtu)
Tempat : Aras LG, Selayang Mall
Masa    : 10.00 pagi hingga 4.00 petang

POSTER RTWPD GOMBAK

 

Hebahan Pertandingan Pembentangan 'Oral & Poster' Sempena 6TH Selangor Research Week; Research In Moh: What Is New & What Is Hot Di Hospital Selayang (Peringkat Selangor)

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) Hospital Selayang akan menganjurkan 6th SELANGOR RESEARCH WEEK; RESEARCH IN MOH: WHAT IS NEW & WHAT IS HOT peringkat Negeri Selangor seperti ketetapan berikut (sila rujuk pada lampiran yang disediakan) : -

Tarikh : 14hb - 16hb OGOS 2017 (Isnin - Rabu)
Tempat : Auditorium CME, Aras 3, Hospital Selayang
Masa : 0800 pg - 0500 ptg

Diantara program yang akan diadakan pada Selangor Research Week, akan adanya pertandingan PERBENTANGAN ORAL DAN POSTER mengikut syarat dan terma yang telah ditetapkan seperti lampiran.

Dimaklumkan juga bahawa, segala perbelanjaan yang terlibat bagi mengikuti program ini di bawah tanggungan jabatan masing - masing. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, sila hantar borang pendaftaran & Abstrak selewat - lewatnya pada 30hb Jun 2017 di Unit Penyelidikan Klinikal (CRC), Aras 4, Hospital Selayang atau email kepada .

Jika ada sebarang pertanyaan, boleh menghubungi Sr Raihanah / Dr Tay Ju Fan – 03-6126 3333 ext 4181 / 4314. Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan/puan amat dihargai. Sekian, terima kasih.

Bersama-sama dengan ini dilampirkan
1. Surat Hebahan Oral & Poster Competition
2. ‘Brochure’ Research Week
3. Abstract Submission & Declaration Form
4. Abstract Submission Guideline
5. Abstract Example for Case Report or Case Series