26 Februari 2022 - Penganjuran Program BLS Houseman Siri 1/2022 yang melaporkan diri di Hospital Selayang. Tahniah Team Resusitasi Hospital Selayang



Research Center
Lawatan Hospital Melaka, Jasin & Alor Gajah ke Hospital Selayang untuk perkongsian Sistem E-Priv pada 07 Februari 2022.



18 Disember 2021, SELAYANG -
Dato' Sri Mohd Shafiq Abdullah, KSU KKM telah mengadakan lawatan kerja ke Hospital Selayang untuk melihat sendiri keperluan fasiliti dan peralatan perubatan di hospital tersebut. Turut hadir Dato' Indera Dr Sha'ari, PKN Selangor, Dr Afidah Ali, Pengarah Hospital Selayang, En Wong Kim Han @ Robert, TPKN(Pengurusan), Dr Faisal Mat Arifin, TPKN(Perubatan), pegawai-pegawai kanan hospital serta wakil daripada pihak Radicare (M) Sdn. Bhd.
Dato' Sri telah melawat dan meneliti isu-isu berkaitan penyenggaraan dan pengurusan di aras 3 dan 4 hospital serta melawat ke Fever Centre dan Field Hybrid ICU (FHyICU) baru yang telah disiapkan pada tahun ini sebagai inisiatif menangani pandemik COVID-19 khasnya dan situasi kesihatan umumnya. FHyICU dengan kapasiti 10 katil merupakan inisiatif KKM bagi menyediakan kemudahan rawatan rapi bertekanan negatif yang lebih selamat dan efektif.
Manakala Fever Centre yang dibina dengan kemudahan bilik rawatan, farmasi, gas medikal serta turut menempatkan asthma bay dijangka dapat mengurangkan kesesakan pesakit di Zon Hijau dan Kuning, Jabatan Kecemasan dan trauma Hospital Selayang.
Beliau juga menekankan kepentingan menjaga dengan baik urusan penyenggaraan fasiliti hospital bagi memastikan jangka hayat aset dapat digunakan secara maksimum, persekitaran hospital yang lebih kondusif bagi penyampaian perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Oleh itu, kepentingan komunikasi dan kerjasama yang baik antara pihak Kementerian, Jabatan dan Hospital bagi memastikan semua urusan berjalan lancar.



SAMBUTAN MINGGU KESEDARAN ANTIBIOTIK SEDUNIA 2021 PERINGKAT HOSPITAL SELAYANG
"Hentikan Penyalahgunaan dan Pengunaan Berlebihan Antibiotik"
Tarikh : 17/12/21
Lokasi: Ruang Legar Lobi Utama, Aras 3, Hospital Selayang
Majlis dirasmikan oleh Dr. Afidah binti Ali, Pengarah Hospital Selayang.


SAMBUTAN HARI AIDS SEDUNIA 2021
Sambutan Hari AIDS Sedunia 2021 peringkat Hospital yang berlangsung di perkarangan Lobi Utama, Hospital Selayang.
Majlis dirasmikan oleh Dr. Afidah binti Ali, Pengarah Hospital Selayang.
Hari AIDS Sedunia merupakan peringatan secara rutin tahunan yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran global epidemi dari AIDS (Acquired Immunodeficiency Syndrome) dan penyebaran HIV (Human Immunodeficiency Virus).
Sambutan Hari AIDS disambut meriah pada 1 Disember di seluruh dunia.
Tema Hari AIDS Sedunia 2021 adalah "End inequalities. End AIDS. End Pendemic"

