Pilihan Bahasa

KEJOHANAN BOLA SEPAK 9S PIALA DR ISHAQ

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Team Dressar Selayang Fc yang menjadi JUARA Liga Kejohanan Bola Sepak 9s Piala Dr. Ishaq

selayang FC04

selayang FC05

selayang FC03

selayang FC02

Research Center

Program Kesihatan Masjid Al Hasanah Bandar Baru Bangi

Program Kerjasama antara Masjid Al-Hasanah dan Hospital Selayang terdiri dari PKWI , Komiti Resusitasi dan Komiti PJ/KJ.
Antara aktiviti yg dijalankan:
1. Pemeriksaan Kesihatan
(BMI , Ujian Gula Dalam Darah, Ujian Tekanan Darah dan Saringan minda sihat)- Komiti PJ/KJ
2. Ceramah Kesihatan - Dr Hamdi Pengerusi PKWI
3. Program CPR Komuniti - Komiti Resusitasi
4. Booth Derma Organ - Transplant Team
5. Jualan Amal
Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada seluruh AJK yang terlibat serta pihak Masjid Al-Hasanah diatas kesudian menjayakan program bersama.

kesihatan bangi

kesihatan bangi3

kesihatan bangi4

kesihatan bangi8

kesihatan bangi10

LAWATAN AKADEMIK INSTITUT LATIHAN KKM SULTAN AZLAN SHAH KE JABATAN HAND & MICRO HOSPITAL SELAYANG

Jabatan Hand & Microsurgery (HMS)Hospital Selayang telah menerima Lawatan Akademik dari Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah pada 31 Oktober 2022.
Lawatan telah ini disertai oleh seramai 27 orang peserta dari Kursus Advanced Diploma Orthopedic Care (ADOC) dengan diiringi oleh 4 orang tenaga pengajar.
Tujuan lawatan ini adalah untuk memberikan pendedahan tentang perkhidmatan, fasiliti dan kaedah rawatan yang disediakan di Jabatan Hand & Microsurgeri Hospital Selayang sejajar dengan kurikulum pembelajaran peserta yang terlibat.
Peserta diberikan pendedahan berkaitan pembedahan, perawatan dan penjagaan serta melihat dengan lebih dekat dan terperinci alatan dan supplementari yang digunakan dalam pembedahan mikro.

lawatan akademik 072

lawatan akademik 08

lawatan akademik 09

lawatan akademik 04

lawatan akademik 06

lawatan akademik 02

Perhimpunan Bulanan Bagi Bulan Oktober 2022 Hospital Selayang

21 Oktober 2022  telah berlangsung Perhimpunan Bulanan yang disempurnakan oleh Yang Mulia, Dr. Tengku Intan Norleen, Timbalan Pengarah (Perubatan) 1, Hospital Selayang.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama bagi menjayakan perhimpunan ini.

perhimpunan03

perhimpunan04

perhimpunan06

perhimpunan07

perhimpunan10

perhimpunan11

LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN "FIRE DRILL" PERINGKAT HOSPITAL SELAYANG

Satu Latihan Kebakaran (Fire Drill) telah diadakan dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Selayang pada 12 Oktober 2022 yang lepas.
Latihan ini diadakan bagi memastikan setiap warga kerja Hospital Selayang sentiasa bersedia dalam sebarang kejadian kebakaran di dalam bangunan hospital, mengikut SOP yang telah ditetapkan serta tindakan yang perlu diambil dalam memastikan keselamatan warga kerja hospital dan pesakit.
Latihan ini melibatkan lebih 100 orang warga kerja Hospital Selayang.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Tuan Zaidi Ahtan, Ketua Balai Bomba Bandar Baru Selayang serta pasukan diatas kerjasama dalam menjayakan latihan kebakaran ini.
Semoga kerjasama pihak Balai Bomba Bandar Baru Selayang dan Hospital Selayang dapat diteruskan di masa akan datang.

firedrill5

firedrill9

firedrill7

firedrill125

firedrill14

firedrill12346