Pilihan Bahasa

Sambutan Hari Sukan Negara peringkat Sekolah Dalam Hospital, Hospital Selayang

07/10/2022 (Jumaat), 10.00 pagi - 12.00 tengah hari

Sebagai simbolik sambutan Hari Sukan Negara, telah berlangsung aktiviti Senamrobik, Sukaneka dan Permainan Dalaman bagi pesakit di wad 8A, 8B dan 8C, Hospital Selayang.
Seramai 8 orang murid di kalangan pesakit yang boleh bergerak telah menyertai sesi pembelajaran di kelas menerusi aktiviti kesukanan ringan.
Manakala, seramai 16 orang murid di wad menyertai sesi pembelajaran di katil yang mana permainan dalaman dilaksanakan pada waktu tersebut.
Terima kasih kepada barisan guru Sekolah Dalam Hospital, Hospital Selayang atas penganjuran aktiviti kesukanan ini.
Semoga pembelajaran menerusi aktiviti senamrobik, sukaneka dan permainan dalaman ini sedikit sebanyak memberi keceriaan kepada adik-adik yang sedang menjalani rawatan di dalam wad di Hospital Selayang.
Hospital Selayang Aktif!

HSN SDH6

HSN SDH2

HSN SDH1

HSN SDH4

Research Center

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA (HSN) TAHUN 2022 PERINGKAT HOSPITAL SELAYANG

KEPONG, 15 OKTOBER 2022, SABTU - YM Dr Tengku Intan Norleen, Timbalan Pengarah (Perubatan) I, hari ini telah menyempurnakan perasmian Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Tahun 2022 Peringkat Hospital Selayang yang diadakan di Taman Botani Kepong. Majlis juga turut dimeriahkan dengan kehadiran Dr. Nik Nor Aniza, Timbalan Pengarah (Perubatan) ll, Dan Dr. Syafiq, Timbalan Pengarah (Perubatan) lll.
Setinggi - tinggi ucapan syabas dan tahniah kepada penganjur, En. Mohd Azalizam, Timbalan Pengarah (Pengurusan) serta AJK yang terlibat secara langsung bagi memastikan sambutan HSN ini berjalan dengan lancar.Terima kasih juga diucapkan kepada seluruh wargakerja Hospital Selayang diatas kesudian menyertai dan memeriahkan sambutan HSN kali ini.HSN8

HSN9

HSN1

HSN12

 

Sambutan Bulan Kaunseling Hospital Selayang

Sambutan Bulan Kaunseling Hospital Selayang bermula 12-14 Oktober 2022 bertempat di Lobi Utama Hospital Selayang dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang anjuran Unit Psikologi Kaunseling dengan kerjasama UHEI, UPK, PKWI dan Pentadbiran.

kaunseling1

kaunseling2

kaunseling4

kaunseling7

 

Sambutan Hari Arthritis Sedunia Peringkat Hospital Selayang

Tahniah & syabas diucapkan kepada Jabatan Perubatan Am diatas diatas sesi bersama pesakit bersempena Hari Arthritis Sedunia Peringkat Hospital Selayang

artitis3

artitis2

artitis10

artitis8

Malam Sanjungan Kasih Pahlawan Srikandi 2022

 

Tarikh: 7 Oktober 2022
Lokasi: D'Intan Ballroom Selayang Capitol
Sekalung ucapan tahniah & syabas diucapkan kpd AJK Komiti PJKJ 2021/2022 Hospital Selayang yang telah menjayakan Malam Sanjungan Kasih Pahlawan Srikandi 2022 bagi meraikan semua jururawat yang tabah berjuang menghadapi pelbagai cabaran & menghargai yg berpindah keluar serta yg telah bersara.

dinner08

dinner01

dinner04

dinner09