Pilihan Bahasa

International Day of Radiology Peringkat Negeri Selangor

 

Majlis Sambutan International Day of Radiology Peringkat Negeri Selangor anjuran Jabatan Radiologi Hospital Selayang telah diadakan pada 8 November 2021.

Tema sambutan pada tahun ini ialah “Interventional Radiology Active Care for the Patient”.

Majlis telah dirasmikan oleh Dr Tengku Intan Norleen Binti Tengku Sharif, Timbalan Pengarah Perubatan I dan turut dihadiri secara maya oleh Dr Sharifah @ Mastura Binti Syed Abu Bakar, Ketua Jabatan Radiologi Hospital Serdang merangkap Ketua Perkhidmatan Radiologi Negeri Selangor, pegawai-pegawai dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Radiologi sekitar Negeri Selangor dan sekitar Lembah Klang.

Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk mewujudkan kesedaran tentang nilai dan sumbangan radiologi kepada rawatan pesakit dan meningkatkan pemahaman orang ramai mengenai peranan penting yang dimainkan oleh anggota kesihatan radiologi dalam kesinambungan penjagaan pesakit. Selain itu sambutan ini juga sebagai tanda penghargaan kepada warga kerja di Jabatan Radiologi

#IDoR2021 #internationalradiologyday #hospitalselayang #malaysiaMoH

radiologyday01

 

radiologyday02