Carakerja Rehabilitasi
Senarai Aktivti Yang Dilaksanakan
Jabatan Pemulihan Carakerja telah berjaya menjalankanbeberapa aktiviti Sepanjang tahun 2012 seperti berikut:
- Telah berjaya menempuhi audit persijilan Akreditasi serta aktiviti kualiti lain seperti ISO 9001: 2008, Akreditasi, NIA, KPI, Kajian Kepuasan Pelanggan telah diteruskan.
- Lawatan ke Sekolah Sri Kelana telah diteruskan sebagai program 'out reach' jabatan untuk membantu terapi pendidikan bagi kanak-kanak berkeperluan khas.
- Klinik Prostesis telah diteruskan pada setiap hari Khamis minggu ke tiga tiap-tiap bulan dengan kerjasama Jabatan Otopedik dan Teh Lin Prosthetic Sdn.Bhd.
- Klinik Kasut telah diadakan setiap bulan bermula pada November 2012 dengan kerjasama MyORTHO
- Kelas pendidikan bagi pesakit angin ahmar telah diteruskan pada setiap petang hari Selasa minggu pertama tiap-tiap bulan dengan kerjasama penceramah dari Jabatan Perubatan, Farmasi dan Dietetik & Sajian sehingga diperhentikan sementara pada bulan November 2012.
- 'Stroke Party' telah berjaya dijalankan pada 7 Jun 2012 dengan penglibatan aktif pesakit angin ahmar, keluarga dan juga anggota jabatan.
- Program Hari Istimewa Bersama Pesakit Rheumatoid Arthritis(RA) dan Carpel Tunnel Syndrome(CTS) serta De Quvervain telah berjaya diadakan pada 17 Oktober 2012.
- Program ‘ Paeds Graduation Day’ telah diadakan pada 23 Oktober 2012 memandangkan sambutan yang baik pada tahun-tahun sebelumnya.
- Satu slot sesi CME hospital berkaitan Sensory Integration (SI) untuk kanak-kanak telah diberikan pada24 Oktober 2012 oleh anggota jabatan.
- Kumpulan Kumpulan Inovasi dan kreativiti KIK Jabatan OFIT telah berjaya mengambil bahagian dalam Karnival Kualiti Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Selangor yang diadakan pada 26 November 2012.
- Telah mengambil bahagian dalam Sambutan Minggu Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Hospital Selayang dengan mengadakan tapak pameran dan jualan hasil pesakit psikiatrik.
Gambar semasa aktiviti:
![]() |
![]() |
|
![]() |