Jabatan Pemulihan Carakerja telah berjaya menjalankanbeberapa aktiviti Sepanjang tahun 2012 seperti berikut:
Telah berjaya menempuhi audit persijilan Akreditasi serta aktiviti kualiti lain seperti ISO 9001: 2008, Akreditasi, NIA, KPI, Kajian Kepuasan Pelanggan telah diteruskan.
Lawatan ke Sekolah Sri Kelana telah diteruskan sebagai program 'out reach' jabatan untuk membantu terapi pendidikan bagi kanak-kanak berkeperluan khas.
Klinik Prostesis telah diteruskan pada setiap hari Khamis minggu ke tiga tiap-tiap bulan dengan kerjasama Jabatan Otopedik dan Teh Lin Prosthetic Sdn.Bhd.
Klinik Kasut telah diadakan setiap bulan bermula pada November 2012 dengan kerjasama MyORTHO
Kelas pendidikan bagi pesakit angin ahmar telah diteruskan pada setiap petang hari Selasa minggu pertama tiap-tiap bulan dengan kerjasama penceramah dari Jabatan Perubatan, Farmasi dan Dietetik & Sajian sehingga diperhentikan sementara pada bulan November 2012.
'Stroke Party' telah berjaya dijalankan pada 7 Jun 2012 dengan penglibatan aktif pesakit angin ahmar, keluarga dan juga anggota jabatan.
Program Hari Istimewa Bersama Pesakit Rheumatoid Arthritis(RA) dan Carpel Tunnel Syndrome(CTS) serta De Quvervain telah berjaya diadakan pada 17 Oktober 2012.
Program ‘ Paeds Graduation Day’ telah diadakan pada 23 Oktober 2012 memandangkan sambutan yang baik pada tahun-tahun sebelumnya.
Satu slot sesi CME hospital berkaitan Sensory Integration (SI) untuk kanak-kanak telah diberikan pada24 Oktober 2012 oleh anggota jabatan.
Kumpulan Kumpulan Inovasi dan kreativiti KIK Jabatan OFIT telah berjaya mengambil bahagian dalam Karnival Kualiti Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Selangor yang diadakan pada 26 November 2012.
Telah mengambil bahagian dalam Sambutan Minggu Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Hospital Selayang dengan mengadakan tapak pameran dan jualan hasil pesakit psikiatrik.