Kursus Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK)
Kursus telah berlangsung selama dua (2) hari bermula 25 - 26 Ogos 2022 di Auditorium dan perkarangan Hospital Selayang.
Kursus dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu secara teori dan juga praktikal dengan taklimat mengenai Perkhidmatan Bomba, alat pemadam api serta teknik-teknik menyelamatkan mangsa kebakaran.
Para peserta turut diberi tunjuk ajar untuk mencuba sendiri alat pemadam api dengan bimbingan tenaga pengajar.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Tuan Alias bin Dollah, Pegawai Kanan Bomba II dan pasukan dari Balai Bomba Selayang diatas kesudian menjadi tenaga pengajar bagi kedua-dua hari tersebut.
Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada seluruh wargakerja Hospital Selayang yang terlibat bagi menjayakan kursus ini. Semoga Kerjasama pihak Balai Bomba Selayang dan Hospital Selayang dapat diteruskan di masa akan datang.
Tahniah Team!





