HS Website Penghargaan : Perkhidmatan Cemerlang Doktor di Fever Centre
assalamualaikum .. pada hari ahad 2 april jam 4 petang sy telah membawa ibu saya yang demam selama seminggu ke fever centre hospital selayang.. ibu saya telah dipanggil di bilik 3 fever centre dan berjumpa dengan seorang doktor lelaki melayu (sy lupa nama beliau - kurus2 )... doktor itu telah memberi salam dan menyambut ibu saya dengan baik.. dan juga telah memeriksa, memberi penerangan dan nasihat berkaitan penyakit ibu saya dgn jelas.. walaupun ramai pesakit beliau masih mampu tersenyum! sebelum ini saya telah pergi ke 2-3 buah hospital kerajaan yg lain utk membawa ibu saya yg demam tapi semua memeriksa dengan ala kadar sahaja.. tahniah kepada pengarah hospital dan ketua bahagian fever centre kerana berjaya melatih dan mempunyai pegawai yg cemerlang seperti beliau !