Pilihan Bahasa

Sumbangan Buku dan Majalah Terpakai Untuk Perpustakaan Bergerak di Wad

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan,

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Kerja Sosial Perubatan dengan kerjasama Sukarelawan Hospital Selayang sedang dalam proses untuk mewujudkan Perpustakaan Bergerak bagi mengedarkan buku-buku dan majalah terpakai kepada pesakit di wad-wad. Program ini diharapkan dapat membantu mengisi masa lapang pesakit yang dirawat di wad dengan aktiviti yang berfaedah.

Sehubungan dengan itu, jasa baik YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan adalah diharapkan untuk menyumbang buku-buku atau majalah terpakai yang masih elok bagi kegunaan Perpustakaan Bergerak ini. YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan boleh menyerahkan sumbangan buku-buku atau majalah terpakai ini ke Jabatan Kerja Sosial Perubatan.

Sekian, terima kasih.