Pilihan Bahasa

Pencapaian Jabatan Hepatobiliari

Jabatan HPB dengan julung kalinya telah melakukan Split Liver transplant, iaitu dengan membahagi hati penderma kepada dua orang penerima hati pada tahun 2022. Ini telah dilakukan sebanyak dua kali, untuk empat orang penerima hati. Sejak beberapa tahun yang lalu, jumlah pembedahan Pemindahan hati / Transplantasi hati telah mula bertambah, dan pada tahun 2022, sebanyak 21 Transplantasi hati telah dilakukan. Sehingga kini pada Oktober 2023, jumlah transplantasi hati yang telah dilakukan di Hospital Selayang telah mencecah 21 dan jumlah akan meningkat dari tahun ke tahun.

Jabatan HPB Selayang juga telah menganjurkan pelbagai bengkel untuk pembedahan hempedu, bertujuan untuk melatih pakar-pakar bedah dari seluruh pelusuk negeri Malaysia. Pada Oktober 2023 yang lalu, kami telah menganjurkan bengkel Pembedahan Hati menggunakan ICG yang pertama di Malaysia, dengan menjemput pakar-pakar dari luar negara. Ini bertujuan untuk mendidik para pakar pembedahan HPB di Malaysia dan meningkatkan mutu perkhidmatan HPB di Malaysia."

Pemindahan Hati

Gambar semasa melakukan pembedahan Pemindahan Hati

scan

Gambar Ketika melakukan Scan Ultrasound terhadap penerima hati oleh Pakar radiologi

bengkel

Salah satu bengkel yang dilakukan oleh jabatan peringkat kebangsaan.