Hepatobiliari
Pengenalan
"Jabatan Hepatopankreatobilier (HPB) telah berada di Hospital Selayang sejak tahun 1999. Ia merupakan sub-kepakaran yang memberikan perkhidmatan pembedahan khusus kepada organ, iaitu hati (Hepar), pankreas, dan saluran hempedu. Ini termasuk pembedahan kanser dan juga bukan kanser. Jabatan HPB kami juga merupakan hospital yang yang pertama menyediakan Khidmat Pemindahan Hati (DDLT/LDLT) di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia sejak tahun 2002.
Jabatan Pembedahan Hepatobiliari Selayang memberikan perkhidmatan rangkaian selaras dengan konsep pembedahan global kepada hospital-hospital di pantai timur seperti Kuantan, Temerloh, Hospital Manjung, Ipoh, dan Slim River. Hospital-hospital di Lembah Klang juga termasuk dalam bahagian rangkaian Jabatan kami dengan menempatkan Pakar Bedah HPB secara berjadual yang dilakukan setiap bulan. Jabatan HPB diketuai oleh Dr. Suryati Mokthar sebagai Ketua Jabatan dan Pakar Perunding, serta 4 lagi Pakar Perunding Hepatobiliari di bawah seliaan beliau. Jabatan ini merupakan tempat untuk melatih (Fellowship) pakar-pakar bedah yang memasuki program Subkepakaran Hepatobiliari.