Kawalan Infeksi
Pengenalan
Unit Kawalan Infeksi mula beroperasi pada tahun 1999 yang bernaung di bawah Pengarah Hospital Selayang berlokasi di aras 4 Jabatan Patologi Hospital Selayang. Unit Kawalan Infeksi dipengerusikan oleh Dr Laila Kamaliah Kamalul Bahrin (Pakar Anaesthesiology) dan penasihat adalah pengarah hospital. Unit Kawalan Infeksi dan ahli jawatankuasa dilantik terdiri daripada Pakar-Pakar Jabatan dan Unit (pakar Pembedahan, Perubatan, Neonate, Patologi, Farmasi, Dewan Bedah, kejuruteraan, pihak Radicare, Unit Kesihatan Awam dan Unit Kawalan Infeksi. Semua penglibatan aktiviti kualiti dibantu oleh Link Nurse yang telah dilantik di setiap wad/unit untuk membantu dalam kawalan infeksi.