Unit Perhubungan Awam
Perkhidmatan dan Pencapaian
Perkhidmatan Unit Perhubungan Awam :
1. Penyelaras Aduan Awam
Pengurusan aduan awam diselaras mengikut Garis Panduan Pengurusan Aduan Kementerian Kesihatan Malaysia dan pekeliling aduan yang berkaitan
2. Aktiviti Perhubungan Awam dan Khidmat Pelanggan
Memberi penerangan dan penjelasan mengenai perkhidmatan yang diberikan oleh Hospital Selayang kepada orang awam.
3. Penyelaras Perhubungan Media
Urus setia dan penyelaras untuk sidang akhbar/sidang media, penggambaran TV/Radio serta sesi temubual anggota kesihatan Hospital Selayang mengenai isu kesihatan.
4. Urus Tadbir Lawatan Sosial dan Khidmat Korporat
Menjadi urus setia/penyelaras lawatan social NGO dan agensi kerajaan dan swasta.
5. Pemantauan Media Cetak Arus Perdana
Memantau isu/aduan berkenaan Hospital Selayang di akhbar utama.
Pencapaian Unit:
Pada tahun 2018, sebanyak 109 aduan yang telah diterima dan sebanyak 88 kes aduan adalah di dalam kategori aduan mudah dan sederhana. Daripada 88 aduan mudah dan sederhana, 74 kes aduan (84%) dapat diselesaikan dalam tempoh 15 hari bekerja melepasi peratus penyelesaian aduan untuk indicator HPIA dan KPI PKN manakala 14 kes aduan selebihnya melebihi tempoh 15 hari bekerja.