Berita
Sambutan World Hand Hygiene Day 2026
Sambutan World Hand Hygiene Day 2026
Sambutan World Hand Hygiene Day 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 14 Mei 2026 (Khamis) bertempat di Auditorium Hospital Selayang.
Majlis telah dirasmikan oleh Dr Afidah Ali serta turut dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi Hospital Selayang.
Dengan bertemakan “Bersama Amalkan Kebersihan Tangan, Lindungi Pesakit, Lindungi Diri, Lindungi Semua”, pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan antaranya ceramah kesedaran, pertandingan hand hygiene, Family Feud dan Kahoot.
Tahniah diucapkan kepada kumpulan “Ikan Bilis Berdendam” yang terdiri daripada kakitangan Wad 4B dan 10B kerana telah dinobatkan sebagai pemenang Hand Hygiene Dance Competition sempena sambutan kali ini.
Sekalung penghargaan kepada Unit Kawalan Infeksi Hospital Selayang atas penganjuran program yang berjaya dan memberi impak positif dalam memperkukuhkan budaya kebersihan tangan demi keselamatan pesakit dan warga hospital.


