Berita
Sambutan Bulan Pemakanan Jabatan Dietetik & Sajian Peringkat Hospital Selayang 2026
Sambutan Bulan Pemakanan Jabatan Dietetik & Sajian Peringkat Hospital Selayang 2026
Sambutan Bulan Pemakanan Jabatan Dietetik & Sajian Peringkat Hospital Selayang 2026 yang bertemakan “Discovering The Power of Nutrition” telah berlangsung dengan meriah pada 13 Mei 2026.
Program telah berjaya dirasmikan oleh Dr. Aida Amir, Timbalan Pengarah Perubatan I, Hospital Selayang dan tahniah diucapkan kepada Jabatan Dietetik & Sajian serta seluruh Ahli Jawatankuasa penganjur atas komitmen dan usaha dalam menjayakan program ini.
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan antaranya Treasure Hunt, pemeriksaan kesihatan, senamrobik serta pameran booth bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemakanan sihat dan gaya hidup aktif dalam kalangan warga hospital dan pengunjung.
“Bersama Membina Malaysia Yang Sihat”





