Pilihan Bahasa

Sambutan & Seminar Jururawat Peringkat HSEL 2026

Sambutan & Seminar Jururawat Peringkat HSEL 2026

Sambutan & Seminar Jururawat Peringkat HSEL 2026 bertemakan "Our Nurses, Our Future: Empowered Nurses Save Lives” telah berlangsung dengan jayanya pada 12 Mei 2026.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Ketua Penyelia Jururawat, Matron Faridah Yusoff serta seluruh jururawat Hospital Selayang atas dedikasi dan komitmen dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Majlis turut dihadiri oleh Dr. Afidah binti Ali, Pengarah Hospital Selayang bersama barisan pengurusan tertinggi Hospital Selayang.

Terima kasih jururawat, insan yang sentiasa tabah berbakti dan menyelamatkan nyawa.

nurses2 2

nurses1 2