Pilihan Bahasa

Pencapaian 3-Star Energy Management Gold Standard (EMGS)

Pencapaian 3-Star Energy Management Gold Standard (EMGS)

27 April 2026 - Hospital Selayang terus melakar kecemerlangan apabila sekali lagi diiktiraf atas pencapaian 3-Star Energy Management Gold Standard (EMGS) di bawah Asean Energy Management Scheme (AEMAS) dalam majlis yang diadakan di EQ Hotel Kuala Lumpur pada 27 April 2026 yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) YB Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh.

Kali pertama Hospital Selayang dianugerahkan pencapaian 3-Star EMGS ini adalah pada tahun 2024 dan berjaya meneruskan bagi tahun 2026. Penerimaan sijil oleh Hospital Selayang diwakili oleh Puan Nordiyana binti Kamaruddin, Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan).

Pencapaian EMGS ini merupakan pengiktirafan serantau bagi usaha mengurus dan mengurangkan penggunaan tenaga serta pelepasan karbon dioksida di rantau ASEAN, serta mengamalkan amalan terbaik dalam pengurusan tenaga. Pencapaian 3-Star EMGS dianugerahkan kepada organisasi yang berjaya mengekalkan/ meningkatkan usaha pengurangan pelepasan karbon dan pengurusan tenaga yang cekap sepertimana yang ditetapkan dlm kriteria 2-Star dengan mengintegrasikan usaha tersebut dengan keperluan standard pengurusan tenaga yang lain.

Pengiktirafan ini membuktikan komitmen Hospital Selayang dalam melaksanakan pengurusan amalan kecekapan tenaga secara keseluruhannya. Syabas diucapkan kepada semua pihak terutamanya Pengurusan Tertinggi, pasukan Kejuruteraan Hospital dan Radicare Sdn. Bhd. serta seluruh warga Hospital Selayang.

Syabas diucapkan

energy2 2

energy1 2