Berita
Sambutan Hari Penolong Pegawai Perubatan (PPP) Hospital Selayang 2026
Sambutan Hari Penolong Pegawai Perubatan (PPP) Hospital Selayang 2026
Sambutan Hari Penolong Pegawai Perubatan (PPP) Hospital Selayang 2026 telah berlangsung dengan penuh meriah dan bermakna, sebagai tanda penghargaan terhadap komitmen dan dedikasi warga PPP dalam menyokong penyampaian perkhidmatan kesihatan.
Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran Dr. Aida Amir, Timbalan Pengarah Perubatan I Hospital Selayang, bersama barisan pengurusan tertinggi hospital.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah diucapkan kepada En. Mohd Sarbani bin Abdul Halim, Ketua Penyelia Hospital Selayang, serta seluruh warga PPP atas usaha gigih, kecekapan dan komitmen berterusan dalam melaksanakan tugasan dengan penuh tanggungjawab dan profesionalisme.
Semoga segala usaha murni ini terus menjadi pemangkin kecemerlangan perkhidmatan kesihatan demi kesejahteraan pesakit.

