Berita
Perhimpunan Bulanan Februari 2026 Hospital Selayang
Perhimpunan Bulanan Februari 2026 Hospital Selayang
Anjuran: Unit Penyelia dan Unit Spiritualiti dan Hal Ehwal Islam (USHEI) Hospital Selayang
Alhamdulillah, Perhimpunan Bulanan Februari 2026 telah berlangsung dengan jayanya dengan urus setia oleh Unit Spiritualiti dan Hal Ehwal Islam (USHEI) serta kehadiran warga kerja Hospital Selayang yang sentiasa komited dan bersemangat.
Majlis turut menyaksikan penyampaian hadiah bagi Pertandingan Sudut HMI Tercantik dan Surau Tercantik HSEL 2026. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang atas usaha dan komitmen dalam mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif, harmoni dan berunsurkan nilai spiritual.
Kategori Sudut Hospital Mesra Ibadah (HMI) Tercantik HSEL ;
Tempat Pertama: Labour Room (LR)
Tempat Kedua: Wad 4A
Tempat Ketiga: PAC
Saguhati: Wad 7D, Wad 5B, Wad 4B, Wad 6D, Wad 6A, Wad 11B, Wad 5C
Kategori Surau Tercantik HSEL :
Tempat Pertama: Surau Wad 7D (L)
Tempat Kedua: Surau Wad 4A (P)
Tempat Ketiga: Surau Wad 6D (L)
Saguhati: 6C (Surau P) 8B (Surau P) 8A (Surau L) 9C (Surau P) 10C (Surau L) Surau 11B Surau 11C
Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus memperkukuh budaya kerja cemerlang serta memartabatkan nilai spiritual dalam persekitaran hospital.
Pengisian majlis turut diserikan dengan Perasmian Program Ihya’ Ramadan yang akan dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Tahniah & Syabas kepada semua pemenang dan warga kerja Hospital Selayang!
