Berita
Family Day Hospital Selayang 2025
Family Day Hospital Selayang 2025
Family Day Hospital Selayang 2025 telah berjaya dianjurkan oleh PUSPANITA Cawangan Kecil Hospital Selayang dengan kerjasama Kelab Sukan dan Rekreasi Hospital Selayang pada 13 Disember 2025, bertempat di Taman Bukit Rimba Lagong, Batu Caves, Selangor, dalam suasana penuh kemeriahan dan semangat kekeluargaan.
Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan, antaranya aktiviti berkumpulan Musang Berjanggut, sukaneka, serta pertandingan memancing yang mendapat sambutan amat menggalakkan daripada warga hospital. Program ini telah disempurnakan perasmian oleh Dr Afidah Ali, Pengarah Hospital Selayang.
Program dimulakan dengan senamrobik pada sebelah pagi, disusuli dengan cabutan bertuah, dan diteruskan dengan jamuan makan tengah hari yang berjaya mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga kerja serta ahli
keluarga.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para fasilitator dari Akademi Kenegaraan Malaysia atas bimbingan, komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang program. Tahniah juga diucapkan kepada para pemenang pertandingan memancing (Pemenang Cilik), khususnya Kumpulan Pemenang (Team Dr Suresh Rao).
Terima kasih dan penghargaan kepada seluruh warga Hospital Selayang yang telah bersama-sama memeriahkan program ini serta menjadikan Family Day Hospital Selayang 2025 sebagai satu kenangan indah dan bermakna untuk semua.




