Berita
Pembedahan Moh’s Pertama di KKM - Jabatan Dermatologi, Hospital Selayang
Pembedahan Moh’s Pertama di KKM - Jabatan Dermatologi, Hospital Selayang
Pembedahan Moh’s ialah satu teknik pembedahan yang ‘precise’ untuk merawat kanser kulit. Prosedur ini melibatkan penyingkiran lapisan kulit yang sangat nipis satu demi satu. Setiap lapisan kemudiannya diperiksa serta-merta di bawah mikroskop bagi mengesan sel kanser. Proses ini diulang sehingga tiada lagi sel kanser dikesan, sekali gus memastikan kanser dibuang sepenuhnya sambil mengekalkan sebanyak mungkin tisu kulit yang sihat.
Pada 26 November 2025 Jabatan Dermatologi Hospital Selayang dengan kerjasama Jabatan Patologi dan Unit Pembedahan Plastik Hospital Selayang, telah berjaya melaksanakan pembedahan Mohs pertama yang terdiri dari Dr Teeba Raja dari Jabatan Dermatologi, Dr. Nur Aini Binti Abu Bakar dan frozen section team dari Jabatan Patologi dan Mr Ahmad Rizal Abdul Hamid dari Unit Plastik Hospital Selayang.
Semoga usaha dan kerjasama ini memberi manfaat yang besar kepada lebih ramai pesakit yang memerlukan rawatan kanser kulit yang tepat, selamat dan berkesan.



