Berita
PROGRAM SARINGAN PENYAKIT KUSTA DAN YAWS
PROGRAM SARINGAN PENYAKIT KUSTA DAN YAWS
Jabatan Dermatologi Hospital Selayang sekali lagi telah dijemput oleh PKD Hulu Selangor dan Unit CDC & Survelan JKNS dengan kerjasama Unit Kesihatan Awam Hospital Orang Asli Gombak untuk menyertai program di lapangan - Sihat Kampung Kita . Program ini merupakan program saringan penyakit Kusta dan Yaws di Kg Songkok Batang Kali, Hulu Selangor.
Program ini telah diadakan pada 9 November 2025 yang lalu. Sebanyak 70 orang anggota kesihatan telah digerakkan untuk menjayakan program ini dan 33 buah rumah di Kg Songkok , Batang Kali dengan populasi seramai 133 orang telah disaring dalam program tersebut.
Perkhidmatan yang telah dilakukan termasuklah
1. Slit skin smear dan bacaan slaid mikroskopi
2. Pocket talk on Leprosy and Yaws
3. Rawatan dan rujukan
4. Kaunseling dan pendidikan
Usahasama ini merupakan usaha yang berterusan diantara warga kerja kesihatan di peringkat Jabatan Dermatologi Hospital Selayang PKD Hulu Selangor dan JKNS. Kerja- kerja mengekang penularan penyakit Kusta dan Yaws di kalangan masyarakat merupakan satu tanggungjawab serius yang akan terus dipikul demi kesejahteraan masyarakat tempatan khususnya.



