Pilihan Bahasa

JABATAN KECEMASAN & TRAUMA HOSPITAL SELAYANG RAIH DIAMOND STATUS EMS ANGEL AWARDS

JABATAN KECEMASAN & TRAUMA HOSPITAL SELAYANG RAIH DIAMOND STATUS EMS ANGEL AWARDS

Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Selayang telah diiktiraf dengan pengiktirafan tertinggi EMS Angels Award – Diamond Status bagi Q2 2025 di bawah Angels Initiative.

Pencapaian ini menzahirkan komitmen berterusan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Selayang terhadap respon strok prahospital yang pantas, termasuk notifikasi awal serta pengaktifan segera laluan rawatan strok bagi pesakit yang disyaki strok untuk memastikan rawatan kritikal diberikan tanpa berlengah.

EMS Angels Awards mengiktiraf sistem kesihatan dan perkhidmatan perubatan kecemasan di seluruh dunia yang menunjukkan standard cemerlang dalam perawatan strok prahospital serta penambahbaikan kualiti berterusan.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan MECC Selayang termasuk responder pra-hospital, pakar kecemasan dan semua anggota dalam rantaian rawatan strok.

Dedikasi dan kerjasama semua memberi impak yang besar kepada perawatan pesakit.

ed2

ed1