Berita
PPKM-HS CATARACT CARNIVAL : Road to 35,000 Milestone of Vision
PPKM-HS CATARACT CARNIVAL : Road to 35,000 Milestone of Vision
Program ini berlangsung pada 15 November 2025 di Pusat Pembedahan Katarak MAIWP–Hospital Selayang bagi meraikan pencapaian 35,000 pembedahan katarak, mengurangkan kes tertunggak serta menghargai rakan kolaborasi yang menyokong kejayaan PPKM-HS.
Majlis dirasmikan oleh YBhg. Datuk Dr. Nor Fariza binti Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan & Sokongan Teknikal), Kementerian Kesihatan Malaysia. Turut hadir bersama adalah Dr. Mohd Fadzli bin Ariffin, Timbalan Pengarah Perubatan II Hospital Selayang, Dr. Nik Nor Aniza binti Nik Mohd Zain, Ketua Cawangan Aduan & Medicolegal, JKN Selangor, En. Mohd Fauzi bin Abidin, Timbalan Ketua Eksekutif (Pengurusan), MAIWP dan Dr. Mohamad Aziz Salowi, Pakar Perunding Oftalmologi & Ketua PPKM MAIWP–HS.
Penghargaan turut diberikan kepada Dr. Zalifa Zakiah binti Asnir, Ketua Kepakaran Oftalmologi Kebangsaan, Dr. Norlaila binti Talib, Ketua Perkhidmatan Oftalmologi Selangor, Wakil Jabatan Oftalmologi dari Hospital Shah Alam, Putrajaya, Ampang, HKL, HTA, HTAR, Hospital Sungai Buloh, Wakil PPKM & Hospital Selayang dan Rakan kolaborasi daripada Lion Parkson Foundation, Standard Chartered Foundation, Tun Hussein Onn Eye Hospital, Rotary Club, serta syarikat pembekal kanta intraokular.
Terima kasih kepada semua pihak yang terus menyokong usaha memperluaskan akses rawatan katarak demi meningkatkan kualiti penglihatan dan kehidupan masyarakat.



