Berita
Hospital Selayang di Minggu Kesedaran Pendermaan Organ (MKPO) Peringkat Kebangsaan 2025
Hospital Selayang di Minggu Kesedaran Pendermaan Organ (MKPO) Peringkat Kebangsaan 2025
Hospital Selayang berbesar hati turut menghadiri Minggu Kesedaran Pendermaan Organ (MKPO) Peringkat Kebangsaan 2025 bertemakan “Derma Organ: Warisku, Hormati Ikrarku” yang telah berlangsung di Taman Tasik Titiwangsa pada 17 Ogos 2025.
Majlis ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan, dengan penganjuran oleh Bahagian Perkembangan Perubatan bersama Pusat Sumber Transplan Nasional (NTRC).
Komitmen Hospital Selayang dalam mendukung usaha murni ini adalah selaras dengan misi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pendermaan organ, demi memberi peluang kehidupan baharu kepada mereka yang memerlukan.