Pilihan Bahasa

Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2025

Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2025

Hospital Selayang pada 8 Ogos 2025 telah menyambut Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat Hospital Selayang dengan penuh semangat dan sokongan kepada para ibu!

Majlis yang berlangsung di Auditorium Hospital Selayang ini telah dirasmikan oleh YBrs. Dr. Aida binti Amir, Timbalan Pengarah Perubatan 1, sebagai simbol komitmen hospital dalam mempromosikan amalan penyusuan susu ibu demi kesihatan generasi masa depan.

Pelbagai aktiviti turut diadakan bagi memberi pendedahan, kesedaran, dan ilmu kepada ibu bapa, termasuk sesi perkongsian pengalaman, ceramah kesihatan, serta pameran berkaitan penyusuan.
Bersama kita jayakan misi “Penyusuan Susu Ibu – Asas Kehidupan” untuk bayi yang lebih sihat, ibu yang lebih kuat, dan masyarakat yang lebih prihatin.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua kakitangan Hospital Selayang yang telah bertungkus-lumus menjayakan sambutan ini — daripada perancang, pelaksana, hingga sukarelawan yang memastikan setiap aktiviti berjalan lancar. Dedikasi anda adalah kunci kejayaan program ini.

 

penyusuan1

penyusuan2

penyusuan3

penyusuan4

penyusuan5

penyusuan6